Cara Hapuskan Anai Anai Dengan Mudah Dan Berkesan Guna Ubat Semut.Wow,  macam tidak percaya!. Minggu lepas saya ada pergi tengok rumah yang telah saya taburkan dengan ubat semut Shang Jia Ants Clean untuk menghapuskan anai-anai. Bila masuk ke dalam rumah tersebut, suasananya bertukar jadi sunyi-sepi, sudah tidak seperti dulu lagi. Bunyi kertipan kayu langsung tidak kedengaran. Dan yang paling penting adalah apabila saya check kembali semua barang yang terkena serangan maut bala tentera anai-anai sebelum ini,  semua dah tak jumpa. Entah kemana semua anai-anai menghilangkan diri. Ada yang ada masalah serangan anai-anai di rumah macam saya tak ? Jom saya kongsikan petua hapuskan anai-anai dengan mudah dan berkesan : 

 ..
Cara menghapuskan Anai anai
Cara Hapuskan Anai 2

Cara Menghapuskan Anai Anai Di Rumah Dengan Mudah Dan Berkesan

Bahan untuk cara bunuh anai-anai :

  1. Dua atau tiga paket Ubat Semut " Shang Jia Ants Clean"
  2. Gula/ Isi Ikan/ Horlicks

Cara Hapus Anai Anai Di Rumah

  1. Sediakan beberapa paket ubat semut  Shang Jia Ants Clean
  2. Tuang ke dalam satu bekas
  3. Masukkan gula atau isi ikan atau serbuk horlicks
  4. Gaul bagi rata.

Cara Bunuh Anai Anai Di Rumah


  1. Pecah sikit sarang anai 2 dan tabur bahan yang telah kita digaul tadi
  2. Atau tabur laluan anai-anai sekiranya kelihatan.
  3. Biar selama tiga hari serta jangan di ganggu kawasan ini.


InsyaAllah dalam masa 3 hari semua anai-anai termasuk koloninya akan mati kerana membawa balik racun ke sarang. Ulang tiga hingga enam bulan sekali. Cara nak hapuskan anai anai di rumah mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.