Cara Mencuci Emas Sendiri Di Rumah Agar Berkilau Dengan Mudah Guna Bahan Dapur

Cara Mencuci Emas Sendiri Di Rumah Agar Berkilau Dengan Mudah Guna Bahan Dapur. Salam semua, apa khabar ? Hari ini saya nak kongsikan petua, tips atau cara cuci barang kemas di rumah yang mudah dan jimat menggunakan bahan yang sudah terdapat dirumah agar tetap berkilau. Saya sharekan ye cara cuci emas agar bersih :


Cara Mencuci Emas Sendiri Di Rumah
Cara Cuci Emas Sendiri



Cara Cuci Emas Guna Teh

Bahan untuk cuci emas sendiri dirumah :

  1. Uncang teh ( boleh juga pakai serbuk teh )
  2. Air suam
  3. Berus gigi terpakai ( pastikan yang lembut ya, takut emas tercalar )


Cara Cuci Emas Di Rumah

  1. Rendam dua hingga tiga uncang teh dalam air suam
  2. Masukkan barang kemas dan biarkan selama setengah jam ( lagi lama lagi bagus )
  3. Kemudian gosok guna berus gigi terpakai sampai bersih
  4. Step akhir, bilas dengan air bersih.


Cara Cuci Emas Guna Sunlight

Cara cuci emas guna pencuci pinggan ;

  1. Pencuci Sunlight
  2. Air Suam
  3. Berus gigi terpakai ( pastikan yang lembut ya, takut emas tercalar )

Cara Mencuci Emas Guna Sunlight

Cara cuci emas sendiri :
  1. Titiskan sunlight bersama air suam ke dalam satu bekas
  2. Rendamkan barang kemas selama setengah jam ( lagi lama lagi bagus )
  3. Bersihkan emas dengan berus gigi sampai berkilau
  4. Bilas dengan air bersih

Cara Cuci Emas Guna Air Asam Jawa

cara cuci emas guna asam jawa :

  1. Asam jawa ( boleh dicampur dengan jus limau nipis )
  2. Air suam

Cara Mencuci Emas Guna Air Asam Jawa

Cara Mencuci Emas Guna Asam Jawa :

  1. Campurkan air suam dengan asam jawa dalam bekas
  2. Rendam emas semalaman
  3. Esoknya, basuh dengan air bersih.

Cara Cuci Emas Guna Ubat Gigi

Cara bersihkan emas kuning :

  1. Air Suam
  2. Ubat Gigi
  3. Berus gigi terpakai

Cara Mencuci Emas Guna Ubat Gigi

Cara membersih emas kuning di rumah :

  1. Rendam emas dalam air suam selama sejam
  2. Kemudian, masukkan sedikit ubat gigi dan cuci emas pakai berus gigi terpakai sampai bersih
  3. Bilas dan rendam semula emas ke dalam air selama sejam
  4. Dah siap, keringkan atas kain bersih.

Diharap petua cuci emas sendiri di rumah diatas dapat memberi sedikit manfaat. Selamat mencuba dan jumpa lagi. Salam.

> Cara Cuci Mesin Basuh Auto

No comments:

Post a Comment

×