Cara Tanam Kobis Bunga Dalam Pasu Di Rumah Dengan Mudah Dan Betul

Cara Menanam Kobis Bunga Dalam Pasu Di Rumah Dengan Mudah Dan Betul. Ada yang suka makan kobis tak ? Khasiat kobis pun boleh tahan banyak. Dalam resepi masakan pun banyak digunakan macam tomyam, kimchi, burger dan sewaktu dengannya. Makan macam tu je pun sedap tau. Lebih-lebih lagi sayur sayuran yang kita tanam sendiri. Bersih, sihat dan tanpa bahan kimia.  Jadi, hari ini saya nak kongsikan sedikit panduan mengenai cara tanam kubis bunga dalam pasu agar subur : 

Cara Tanam Kubis Bunga Dalam Pasu
Cara Tanam Kobis Bunga Dalam Pasu



Cara Tanam Kobis Bulat Dalam Pasu Di Rumah Dengan Mudah Dan Betul

Cara Menanam Kobis Bulat Dalam Pasu :

  1. Semai benih kobis dalam bekas yang sudah diisi dengan tanah hitam atau tanah kompas
  2. Alihkan anak-anak benih ke polybag yang bersaiz kecil ( satu anak benih, satu polibag )
  3. Kemudian, pindahkan pula ke dalam pasu atau polybag yang bersaiz besar dengan daun bawahnya tengelam separuh ke dalam tanah bagi mengelak batang nya terlalu terdedah keluar dari permukaan tanah

Kepada yang nak alihkan atas tanah, gali lubang dua kali ganda saiz pasu atau polybag yang dah kita tanam anak kobis, gemburkan tanah dan gaul bersama tanah kompos atau tanah hitam atau tanah sekam atau tanah bakar. Pindahkan anak pokok kobis tanpa menjejaskan akarnya dan tanam biar rapat daunnya ke tanah supaya batang pokok kubis tidak terlalu tinggi yang mana akan mengakibatkan kobis tidak membentuk buah. Setel. Cara tanam kobis bunga mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Cara Tanam Kacang Pool Dalam Pasu Di Rumah

No comments:

Post a Comment

×