Cara Tanam Ubi Keledek Dalam Pasu Bunga Dengan Betul Dan Mudah.  Siapa suka makan ubi keledek ? Banyak khasiat ubi keledek kan. Yang belum tahu tentang kebaikan ubi keledek ungu kepada manusia, bolehlah tanya kepada uncle google untuk mendapat maklumat yang lengkap lagi terperinci. Sekarang, saya nak kongsikan cara tanam ubi keledek dalam pasu dengan mudah untuk rujukan semua. Semoga memberi sedikit manfaat.

Cara Menanam Ubi Keledek Dalam Pasu
Cara Tanam Ubi Keledek Dalam Pasu


Cara Menanam Ubi Keledek Dalam Pasu

Cara semai ubi keledek dalam pasu :

  1. Sediakan ubi keledek dan potong macam dalam gambar diatas.
  2. Susun potongan  ubi keledek atas tanah dalam pasu ( yang kaya dengan bahan organik lagi bagus )
  3. Tabur tanah rata-rata atas ubi keledek sampai tak nampak. 

Step akhir, siram setiap hari. InsyaAllah dalam masa tujuh hari akan keluar pucuk. Dan lima bulan seterusnya kita dah dapat kutip hasil. Untuk mendapatkan ubi keledek yang bersaiz besar, jangan petik pucuknya ya ( untuk buat sayur atau apa apa yang sewaktu dengannya ). Kalau petik nanti ubi keledek akan bersaiz kecil. Cara nak tanam ubi keledek dalam pasu mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Cara Tanam Serai Dalam Pasu