Khasiat Buah Bambangan Penawar Kanser Payudara Yang Mujarab Dan Berkesan. Seorang saintis, Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar ( Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ) berjaya menemui ekstrak daripada sejenis mangga liar dikenali sebagai buah bambangan yang mana mampu membunuh sel kanser payudara dengan mujarab dan berkesan. Lebih membanggakan hasil kajian beliau telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa yang berpengkalan di UK, Food and Chemical Toxicology (FCT).

Khasiat Buah Bambangan Sabah
Khasiat Buah Bambangan


Rawatan Kanser Payudara Secara Tradisional Yang Berkesan Dan Mujarab

Ubat Tradisional Kanser Payudara :


Hasil kajian beliau juga mendapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara boleh dimusnahkan dalam tempoh tiga hari apabila ekstrak buah bambangan didedahkan kepada sel tersebut, dan kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh dua hari.

Isinya tinggi Vitamin C, anti oksida dan  beta karoten.

Khasiat Buah Bambangan Rawat Kanser

Tidak hanya menjadi ubat kepada kanser payudara, ekstrak biji buah bambangan pula dikatakan boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser hati, kolon serta ovari. Selain itu, biji buah bambangan juga boleh menghalang penyerapan kolestrol sekaligus mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan kepada pengamal jus buah bambangan.


Buah Bambangan VS Buah Asam Kumbang

Beza Buah Bambangan dengan buah asam kumbang ;

Buah Bambangan atau nama saintifiknya 'mangifera pajang' adalah tergolong dalam keluarga kuini dan mangga, tumbuh secara liar di hutan di Kepulauan Borneo.

Bambangan magnifera pajang adalah berbeza dengan asam kumbang atau nama saintifiknya, magnifera quadrifida yang banyak terdapat di Semenanjung Malaysia..

Musim buah bambangan ialah pada bulan September atau Oktober serta banyak digunakan oleh masyarakat Sabah dalam masakan sambal, kari dan jeruk.