Khasiat Keremak Merah Baik Untuk Jantung Hapus Kolestrol Lancar Darah

Khasiat Pokok Keremak Merah Baik Untuk Jantung Hapus Kolestrol Bersihkan Darah. Rupanya pokok keremak merah atau turut dikenali sebagai pokok daun kurma merah banyak tumbuh di sekitar rumah saya. Ingatkan pokok bunga yang cik abang tanam, sebab tinggi dalam dua kaki macam je. Kalau jiran depan rumah tak bagitau petang tadi, jawabnya sampai ke saat ini lah kita duk ingat pokok bunga. Jom saya kongsikan sedikit khasiat daun keremak merah untuk kesihatan manusia. Diharap memberi sedikit manfaat.

Khasiat Keremak Merah Untuk Jantung
Khasiat Keremak Merah


Khasiat Keremak Merah Untuk Kesihatan

Antara kebaikan keremak merah adalah :

  1. Baik untuk jantung, mampu membersihkan salur darah jantung yang tersumbat
  2. Mempunyai sifat anti ulser
  3. Mampu mengurangkan kolestrol
  4. Melancarkan perjalanan darah dalam badan
  5. Melegakan demam
  6. Mampu merawat penyakit ginjal
  7. Mampu merawat penyakit batuk berdarah



Resepi  Jus Keremak Merah

  1. Daun keremak merah
  2. Sebiji kurma atau barli
Cara Buat Jus Keremak Merah

  1. Rebus kedua dua bahan diatas
  2. Kemudian, minum air rebusan tersebut.


Selain dibuat air rebusan, daun keremak merah juga sesuai untuk dijadikan ulam ulaman ketika sedang menjamu selera.

No comments:

Post a Comment

×