Resepi Apam Pisang Kukus Tanpa Telur Dan Minyak Sukatan Cawan Lembut Gebu

Resepi Apam Pisang Kukus Tanpa Telur Tanpa Minyak Sukatan Cawan Lembut Gebu. Semalam kakak saya yang menetap di Sarawak ada datang rumah. Bermalam pun kat rumah saya. Katanya dia ambil cuti untuk balik ke semenanjung sebab ikut suami dia ada urusan penting yang kena diselesaikan. Dah lama sangat kami tak jumpa tau. Oleh itu, kami berdua borak macam tak ingat dunia. Sampai nak masuk waktu subuh baru habis. Dari sekecil-kecil hal sampai ke hal-hal dunia pun kami tibai. Rindu lah katakan. Esoknya, kami dua keluarga sama-sama pergi rumah mak kat kampung.Tiba kat rumah mak, saya ternampak buah pisang yang sedang  menguning. Apa lagi terus ambil parang untuk tebang. Kalau nak tau, pokok pisang ni kakak saya lah yang tanam. Dia suka sangat berkebun. Macam-macam pokok dia tanam masa zaman bujang dulu. Ada yang dalam pasu, ada yang dia tanam kat atas tanah terus. Bila masuk petang, jika tak jumpa cari dia kat dalam rumah, jawabnya tengah belai pokok pokok yang dia tanam lah tu dekat luar. Pokok pisang yang dia tanam ni kami satu keluarga dah berapa kali dapat makan hasil. Berbuah tebang tumbuh baru berbuah tebang tumbuh baru. Macam tu lah lebih kurang. Sejuk betul tangan dia dalam bercucuk tanam ni. Tengok kat dapur rumah mak bahan apa yang ada maka terhasillah apam pisang kukus tanpa minyak dan tanpa telur untuk santapan kami semua. Jom saya kongsikan resepi apam pisang gebu tanpa telur dan minyak :

Resepi Apam Pisang Kukus Tanpa Telur Sukatan Cawan
Resepi Apam Pisang Kukus Tanpa Telur Dan Minyak


Resepi Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi apam pisang tanpa telur sukatan cawan :

Bahan A


  1. Satu cawan pisang ( lenyek dulu baru sukat )
  2. Satu cawan gula perang / gula halus 
  3. Empat sudu besar susu segar


Bahan B : Ayak


  1. Dua cawan tepung naik sendiri
  2. Satu setengah sudu teh soda bicarbonate

  • Ayak bahan diatas.


Cara Buat Apam Pisang Kukus Tanpa Telur

Cara membuat apam pisang kukus tanpa telur :


  1. Satukan pisang, gula serta susu. Kacau bagi rata
  2. Masukkan bahan ayak tadi dan kacau lagi sampai sebati
  3. Tuang adunan ke dalam acuan atau yang anda sediakan.


Step akhir, kukus selama lima belas minit bagi yang menggunakan acuan kecil dan setengah jam bagi yang guna loyang. Siap. Nak lagi sedap, hidangkan bersama kelapa parut. Cara buat apam pisang kukus tanpa telur mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×