Resepi Asam Pedas Keladi Kedah Asli Original Tradisional Sedap. Menu asam pedas keladi kedah style antara satu lagi lauk favourite saya. Tambah-tambah jika makan dengan nasi ulam kedah. Memang menjilat siku lah jawabnya. Saya selitkan sekali resepi keladi masak asam pedas utara :

Asam Pedas Keladi Utara
Asam Pedas Keladi Utara


Resepi Asam Pedas Keladi Utara Asli Original Tradisional Sedap

Bahan untuk resepi batang keladi masak asam pedas :

  1. Enam batang keladi ( rebus dahulu untuk kasi lembut.kemudian buang air rebusan )
  2. Daun kesom
  3. Asam keping
  4. Garam
  5. Ajinamoto/ gula


Bahan tumbuk


  1. Dua biji bawang merah kecil
  2. Satu ulas bawang putih
  3. Tiga hingga empat tangkai cili kering yang sudah direbus ( untuk warna)
  4. Lada hitam (ikut suka nak letak banyak mana,  nak pedas letak lebih sikit )
  5. Belacan
  6. Seekor ikan kembung yang telah direbus  ( ambil isi sahaja dan tumbuk kasar ).

Cara Buat Asam Pedas Kedah

Cara masak asam pedas Kedah :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  2. Rebus sekali dengan batang keladi
  3. Masukkan daun kesum

Step akhir, perasakan dengan garam, asam keping dan ajinamoto atau gula. Siap untuk dihidangkan atas meja makan. Cara membuat asam pedas kedah mudah je kan, selamat mencuba semua.