Resepi Ayam Masak Sambal Tomyam Cili Padi Mudah Simple Paling Sedap. Haaa! Biasanya saya update tentang masakan kegemaran suami dan anak-anak je kan. Hari ini saya nak bagitahu menu kegemaran saya pula. Jarang sangat saya masak lauk ni tau kerana saya takut termakan banyak, boleh sampai dua tiga pinggan tambah nasi. Oleh kerana dah beberapa hari kurang selera makan, jadi saya pun buatlah ayam cili padi tomyam untuk membangkitkan kembali selera makan. Saya selitkan sekali resepi ayam sambal tom yam :

Ayam Masak Sambal Tomyam
Resepi Ayam Masak Sambal Tomyam


Resepi Ayam Sambal Tomyam Sedap Mudah Simple Ringkas Ala Thai

Bahan untuk resepi ayam masak sambal tomyam sedap :

Bahan A

  1. Ayam  ( potong dan goreng garam kunyit)
  2. Satu sudu makan pes tomyam
  3. Satu batang serai
  4. Lima helai daun limau purut
  5. Setengah biji tomato ( hiris nipis )
  6. Garam dan perasa
  7. Satu biji bawang besar ( hiris bulat )


Bahan B : Blend Kasar


  1. Tiga puluh tangkai cilipadi hijau + merah
  2. Satu biji bawang besar
  3. Tiga ulas bawang putih


  • Blend kasar semua bahan diatas


Cara Buat Ayam Masak Sambal Tomyam

Cara masak ayam sambal tomyam :

  1. Tumis bahan yang kita blend tadi sampai naik bau..
  2. Masukkan serai serta daun limau purut
  3. Masukkan pes tomyam
  4. Masukkan tomato
  5. Masak sambal sampai agak garing (tomato hiris tu biarkan ianya hancur dalam sambal ye)
  6. Masukkan garam serta perasa


Step akhir, masukkan ayam dan bawang besar yang telah dihiris bulat tadi. Sekarang, siap untuk dihidangkan. Cara buat ayam masak sambal tomyam mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.