Resepi Begedil Daging Burger Cincang Kentang Rebus Mudah Sedap Simple

Resepi Begedil Daging Burger Cincang Kentang Rebus Mudah Sedap Simple. Siap lauk terakhir untuk makan tengahari kejap lagi. Kompem anak-anak akan berebut nanti bila dapat tahu yang ibu dia buat begedil daging burger. Tambah-tambah anak bongsu suka sangat makan begedil ni. Ada tak yang suka ? Saya selitkan sekali resepi begedil kentang rebus daging burger :

Resepi Begedil Kentang Rebus
Resepi Begedil Daging Burger


Resepi Begedil Daging Mudah Simple Ringkas Cepat Paling Sedap

Bahan untuk resepi begedil daging cincang ;


  1. Daging Burger atau Daging Cincang atau Sosej
  2. Empat biji kentang ( belah empat untuk cepat empuk )
  3. Bawang goreng ( hiris )
  4. Daun Sup ( hiris )


Cara Buat Begedil Daging Simple

Cara Buat Begedil Daging Burger :


  1. Rebus daging burger
  2. Kemudian, leburkan daging beger dalam kuali non stick tanpa minyak dan toskan.
  3. Rebus kentang bersama secubit garam sampai empuk
  4. Lenyekkan kentang tadi sampai lumat
  5. Campurkan semua bahan
  6. Gaul sampai sebati
  7. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa
  8. Bentukkan bulat-bulat
  9. Dah siap, simpan dalam peti sejuk bahagian freezer sekejap agar teksturnya tak pecah dan hancur masa goreng.


Step akhir, sebelum goreng celupkan begedil tadi ke dalam telur yang telah siap dipukul. Goreng sampai masak. Siap untuk diletakkan atas meja makan. Cara buat begedil daging mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.


> Resepi Tauhu Begedil Sumbat Sedap Mudah Simple

No comments:

Post a Comment

×