Resepi Bingka Pulut Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Ringkas Terbaik. Salam semua. Makan apa pagi ini ? Saya sarapan kuih bengkang pulut dan teh panas sahaja. Suami cukup gemar kuih bingka pulut ni. Sesiapa yang nak cuba, saya selitkan resepi bingka pulut bakar sukatan cawan : 



Bingka Pulut Sukatan Cawan
Resepi Bingka Pulut Sukatan Cawan

Resepi Kuih Bingka Pulut Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih bengkang pulut :

Bahan A


  1. Satu cawan gula pasir
  2. Satu cawan gula merah
  3. Daun pandan


  • Masak atas dapur sehingga sebati dan biarkan sejuk


Bahan B


  1. Satu setengah cawan Tepung Pulut
  2. Setengah cawan Tepung Ubi
  3. Setengah cawan Tepung Beras
  4. Satu Biji Telur Ayam Gred B
  5. Satu Sudu Kecil Garam
  6. Empat Sudu Susu Pekat
  7. Empat Sudu Kicap Pekat( Sy guna Kipas Udang)

Cara Membuat Bingka Pulut

Cara Buat Bingka Pulut :

  • Gaul kan bersama air gula sampai sebati.

Step akhir, panas kan loyang di dalam oven 1 selama sepuluh minit. Kemudian tuangkan adunan bingka pulut dan bakar pada suhu 150 selama empat puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing masing. Dah siap nanti, tunggu sejuk, baru potong dan ngap. Cara buat bingka pulut mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam..