Recipe Chocolate Cake Lava Domino Kek Coklat Lava Viral Berhantu Leleh Sukatan Cawan. Semalam saya dan keluarga ada singgah domino. Niat dihati nak makan pizza untuk dinner, tetiba sampai kat sana tengok domino ada buat promosi untuk kek coklat lava domino. Saya apa lagi terus order setiap orang satu. Lagipun kami semua dah lama sangat tak makan kek lava coklat ni. Entah bila last saya buat, saya sendiri pun tak ingat. Dan seingat saya memang dah lama tak buat. Yang kelakarnya, bagun pagi tadi ada seorang budak menangis tak tahu sebab apa. Bagi mainan tak nak, bagi itu ini tak nak. Tanya punya tanya, akhirnya dia cakap dia nak makan kek coklat lava domino lagi. Semalam tak cukup katanya. Kenapalah tak bagitahu awal-awal kan senang. Buat letih je hahaha. Jadi untuk selesaikan masalah tersebut, saya mandikan dia bagi pakai baju cantik-cantik dan kami pun terus meronda pergi pasar untuk beli bahan untuk buat kek coklat lava. Nak ke bandar jauh sangat. Suami pula tengah kat tempat kerja sekarang ni.  Sampai kat rumah terus saya bersilat kat dapur untuk buat kek coklat lava ala domino. Saya selitkan sekali resepi kek coklat lava simple sukatan cawan step by step :

Kek Coklat Lava Berhantu
Resepi Kek Coklat Lava Berhantu



Resepi Kek Coklat Lava Berhantu Mudah Sedap Leleh Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek coklat lava berhantu sukatan cawan :

Resepi Kek Coklat Lava Viral
Resepi Kek Coklat Lava Viral


Bahan A

  1. Satu cawan coklat masakan ( tak kisah lah coklat jenama apa pun, semua boleh)
  2. Setengah cawan butter


  • Cairkan coklat masakan dan butter secara double boiler ( saya pakai microwave sebab mudah dna cepat )


Bahan B
  1. Empat biji telur ayam
  2. Setengah cawan gula
  3. Esen vanila sikit
  4. Setengah cawan tepung gandum

Cara Buat Kek Coklat Lava Berhantu

Cara Buat Kek Coklat Lava Viral :


  1. Pukul telur, gula serta esen vanila sampai berbuih 
  2. Kemudian masukkan  adunan coklat yang sudah kita cairkan tadi. 
  3. Pukul sekejap tapi jangan sampai kembang tau.
  4. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
  5. Dah siap, tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter bagi mengelak ke melekat apabila sudah masak nanti. ( saya pakai acuan muffin yang kecil comel je )


Step akhir, panaskan oven pada suhu 220 dan bakar selama lapan minit guna api atas bawah. ( bergantung kepada oven masing-masing ). Apabila kek colat lava sudah masak, hiaslah ikut selera masing-masing.  Cara buat kek coklat lava berhantu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.