Resepi Donut Tanpa Yis Tanpa Telur Lembut Gebu Sukatan Cawan

Resepi Donut Tanpa Yis Tanpa Telur Lembut Gebu Sukatan Cawan. Konon tadi punyalah berangan nak buat burger malaysia dengan donut untuk juadah petang bersama anak-anak tercinta. Sekali tak perasan yang rumah saya sudah kehabisan yis. Nak keluar pergi beli macam tak berbaloi je kalau beli satu barang sahaja. Esok-esoklah kot masa pergi pasar nanti saya akan beli yis baru. Jadi sebagai seorang suri rumah tangga yang banyak pengalaman di dapur, kita kasi ubah sikit resepi donut yang selama ini  yang kita guna. Syukur, menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun cakap sedap dan lembut ala chinese doughnut gitu. Diaorang tak tahu masa saya nak buat donut tadi bahan tak cukup. Apa-apa pun, jom saya kongsikan resepi donut tanpa yis sukatan cawan :

Resepi Donut Tanpa Telur
Resepi Donut Tanpa Yis


Resepi Donut Tanpa Yis Lembut Gebu Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi donut tanpa telur sukatan cawan


Bahan A : Ayak

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Setengah sudu kecil garam
  3. Dua setengah sudu kecil baking powder
  • Ayak semua bahan diatas
Bahan B

  1. Satu pert tiga cawan butter ( unsalted kerana kita  sudah letak garam)
  2. Tiga per empat cawan susu segar



Cara Buat Donut Tanpa Telur

Cara Buat Donut Tanpa Yis : 

  1. Satukan bahan ayak dengan butter dan gaul sampai jadi macam serbuk roti ( tiada ketulan besar )
  2. Kemudian, masukkan susu segar dan gaul sampai jadi doh.
  3. Uli guna tangan sekejap ( jangan lama sangat tau uli )
  4. Bentukkan bulat bulat atau tekap donut pada acuan.


Step akhir, panaskan minyak dan goreng hingga warna bertukar keperang-perangan. Toskan dan tabur gula halus pada keseluruhan donut. Sekarang, sedia untuk dihidangkan buat santapan keluarga atau tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat donut tanpa yis mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×