Resepi Durian Ball Mudah Sukatan Cawan Sedap Simple Viral Terbaik. Sambil layan cerita dekat tv, sambil sebijik sebijik masuk ke dalam mulut. Sampai tak  perasan habis satu bekas besar. Anak-anak awal lagi dah mintak ibu dia untuk  buat lagi sekali esok durian ball. Masa musim durian ni boleh la ibu dia turutkan apa yang korang nak tapi kalau dah habis musim jangan ada yang minta lagi sebab nanti pening kepala den dibuek nyo.Saya selitkan sekali resepi durian ball mudah dan sedap :

Resepi Durian Ball Sukatan Cawan
Durian Ball Sukatan Cawan


Resepi Durian Ball Sukatan Cawan Simple Mudah Paling Sedap

Bahan untuk resepi durian ball viral :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu sudu tepung jagung
  3. Satu sudu tepung kastad
  4. Garam sikit
  5. Air

  • Blend semua bahan diatas dan tapis


Resepi Filling Durian Ball

Bahan untuk resepi inti durian ball :

  1. Whipping cream ( pukul sampai kental)
  2. Isi durian 

Cara Buat Durian Ball

Cara membuat durian ball ;

  1. Panaskan pan dan lenser dengan planta (saya pakai tisu)
  2. Masukkan adunan durian ball  setakat suku sahaja dalam pan
  3. Letak whipping cream
  4. Letak isi durian
  5. Letak adunan durian ball kembali

Step akhir, biarkan hingga masak.Siap. Saya suka masak lama sikit agar rasa garing garing gitu. Apa apa pun, cara nak buat durian ball mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Durian Crepe Mudah Sukatan Cawan