Resepi Ikan Masin Tumis Air Asam Jawa Cili Padi Mudah Simple Paling Sedap. Jenuh memikir nak masak apa hari ini untuk santapan anak-anak yang disayangi sekalian. Penyudahnya, saya masak ikan masin tumis cili padi. Resepi ikan masin tumis air asam yang mudah dan sedap ada saya selitkan di bawah :

Resepi Ikan Masin Tumis Air Asam
Ikan Masin Tumis Air Asam


Resepi Ikan Masin Tumis Air Asam Mudah Simple Ringkas Cepat Sedap

Bahan untuk resepi ikan masin masak asam :

  1. Ikan masin
  2. Satu biji bawang besar
  3. Dua biji bawang putih
  4. Tiga biji cili padi
  5. Dua biji cili kering
  6. Air asam
  7. Gula ikut manis
  8. Serbuk perasa
  9. Garam kalau perlu


Cara Masak Ikan Masin Tumis Air Asam

Cara masak ikan masin asam :

  1. Goreng ikan masin dulu
  2. Tumis bawang besar dan putih sampai layu
  3. Masukkan cili yang telah siap dihiris
  4. Masukkan ikan masin serta air asam. 
  5. Kacau rata


Step akhir, masukkan gula dan serbuk perasa. Jika tak cukup masin, sila tambah garam ya. Sekarang siap untuk dimakan bersama nasi panas. Kompem tambah dua tiga pinggan.  Cara buat ikan masin tumis air asam mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.