Resepi Jeruk Kulit Cempedak Banjar Asli Original Tradisional Mandai Mudah Sedap

Resepi Mandai Kulit Cempedak Banjar Asli Original Tradisional Mudah Sedap. Siapa pernah makan mandai banjar ataupun dalam bahasa lainnya adalah jeruk kulit cempedak ? Sedap sangat kan. Bagi yang belum tahu, mandai adalah salah satu makanan tradisi orang Banjar. Fungsi mandai sama seperti ikan kering, ikan pekasam, sambal atau ulam-ulaman untuk dijadikan pembuka selera. Kepada sesiapa yang suka atau ingin mencuba sesuatu masakan yang baru, saya ada selitkan resepi mandai kulit cempedak banjar original :




Resepi Jeruk Kulit Cempedak Simple Mudah Paling Sedap

Bahan untuk resepi jeruk kulit cempedak sedap :

  1. Kulit cempedak
  2. Garam
  3. Air

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak

Cara buat mandai kulit cempedak :

Resepi Jeruk Kulit CempedakBanjar
Resepi Jeruk Kulit Cempedak

Sediakan kulit cempedak yang telah diambil isinya. Jika dapat kulit yang tebal serta masih keras lagi adalah lebih sedap untuk dibuat mandai.


Resepi Mandai Kulit Cempedak Banjar
Resepi Mandai Kulit Cempedak

Buangkan bahagian luar kulit luar cempedak. Kemudian, basuh bersih dan tos. Jika kulit cempedak tebal dan keras, seeloknya celur sekejap dengan air panas. Sekejap sahaja ye jangan lama sangat sebab nanti jadi lembik. Jika kulit cempedak yang lembut, dah tidak perlu nak celur, cukup dengan basuh serta toskan

Mandai Kulit Cempedak Banjar
Mandai Kulit Cempedak

Gambar atas tu yang saya  siap basuh dan toskan.

Jeruk Kulit Cempedak Banjar
Jeruk Kulit Cempedak

Sediakan air garam ( yang dah dibiarkan sejuk pada suhu bilik). Kuantiti garam biar seimbang dengan kulit cempedak. Biar rasa masin ikut selera kita. 





Masukkan kulit cempedak ke dalam bekas air garam tersebut. Pastikan semua kulit cempedak terendam dalam air. Jika terdapat yang timbul, nanti mesti tak jadi atau jadi lembik.



Balutkan bekas mandai kulit cempedak tu kemas-kemas untuk elak air terkeluar dan basahkan lantai. Peram selama empat hari dan keatas pada suhu bilik.


Dah cukup tempoh masa, keluarkan semua mandai dari bekas. Toskan air dan masukkan ke dalam bekas lain. Untuk mandai tahan lama, simpan dalam peti ais di bahagian sejuk beku.



Masa kita nak goreng, potong kecil-kecil. Bila sudah setengah masak, campurkan bawang,  cili api potong serta ikan bilis.


Step akhir, masak nasi putih lebih sikit untuk dihidangkan bersama mandai kulit cempedak. Kompem akan tambah dua tiga pinggan. Tak perlu akan pandang dah lauk lain. Cara buat jeruk kulit cempedak mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

×