Resepi Kacang Pool Arab Mudah Simple Yang Paling Sedap Haji Larkin Bomba Johor

Resepi Kacang Pool Arab Mudah Simple Yang Paling Sedap Haji Larkin Bomba Johor. Menu kacang pool adalah kegemaran suami saya..Ibu pesan kalau sudah kahwin, perut suami kena jaga baik-baik Jadi, saya belajar buat kacang pool dengan tekun agar dapat memenuhi selera suami. Syukur,.setiap kali buat mesti dapat pujian dari suami. Hmmm, isteri mana yang tak suka kalau suami puji kan. Saya sertakan sekali resepi kacang pool yang sedap :

Resepi Kacang Pool Haji
Resepi Kacang Pool Haji


Resepi Kacang Pool Paling Sedap Mudah Simple Ringkas


Bahan untuk Resepi Kacang Pool Mudah Dan Sedap :

  1. Dua tin kacang pool (foul medames) yang telah siap dibuang air serta dilenyek
  2. Daging kisar
  3. Tiga per empat cawan minyak
  4. Satu sudu makan serbuk jintan manis
  5. Dua sudu besar rempah kari daging
  6. Satu tin tomato puri (guna separuh dulu kemudian ubah ikut citarasa)
  7. Satu setengah biji bawang besar cincang
  8. Satu setengah cawan air ( bergantung kepada kepekatan kacang pool )
  9. Garam secukup rasa
  10. Hirisan lada hijau
  11. Limau kasturi
  12. Bawang besar potong dadu
  13. Telur mata
  14. Roti


Cara Buat Kacang Pool Johor

Cara Membuat Kacang Pool :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah kita cincang sampai layu
  2. Masukkan serbuk jintan manis serta rempah kari daging (tumiskan)
  3. Masukkan daging kisar
  4. Masukkan tomato puri serta kacang pool.
  5. Kacau sampai  rata
  6. Masukkan air
  7. Biarkan mendidih 


Step akhir, masukkan garam secukup rasa. Siap. Hidangkan bersama taburan bawang besar, limau kasturi, telur mata dan hirisan cili. Makan dengan roti. Cara buat kuah kacang pool mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×