Resepi Kari Ayam Minang Asli Original Tradisional Sedap Mudah Simple. Kalau tanya ahli rumah samaada ayam nak masak kari biasa atau masak kari ayam minang, mesti jawapan diaorang nak ayam masak kari minang. Mungkin kerana rasa kari minang yang ala ala rendang sikit, lebih pedas serta wangi dengan aroma daun limau purut. Saya kongsikan resepi kari ayam minang sedap :

Resepi Kari Ayam Minang Asli
Resepi Ayam Masak Kari Minang Asli


Resepi Kari Ayam Minang Original Tradisional Asli Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi kari ayam minang tradisional :

Bahan A
  1. Satu ekor ayam

  • Potong kepada beberapa bahagian


Bahan B : Blend

  1. Dua puluh tangkai cili padi ( boleh kurangkan dan tambah lagi )
  2. Satu biji bwng besar
  3. Tiga ulas bawang putih
  4. Setengah  inchi halia
  5. Setengah camt serbuk kunyit

  • Blend semua bahan diatas


Bahan C

  1. Satu paket kecil rempah kari daging (bancuh bersama air)
  2. Tiga atau biji kntang (belah empat bahagian)
  3. Lima atau enam helai daun limau purut
  4. Dua batang serai ( ketuk )
  5. Satu kotak santan 200 ml
  6. Tiga keping asam keping
  7. Garam dan gula secukup rasa
  8. Ajinamoto ( optional )


Cara Masak Kari Ayam Minang

Cara Membuat Kari Ayam Minang :

  1. Tumis bahan yang kita blend tadi sampai naik bau
  2. Masukkan daun limau serta serai
  3. Masukkan rempah kari daging dan tumis hingga garing..
  4. Masukkan dua gelas air
  5. Masukkan ayam dan kentang
  6. Masukkan asam keping,garam gula dan ajinamotoo
  7. Masak sampai ayam dan kentang empuk


Step akhir, masukkn santan. Kacau rata dan siap sedia untuk dihidangkan. Cara masak kari ayam simple je kan, selamat mencuba semua. Salam.