Resepi Kuih Balung Ayam Wadai Balungan Hayam Banjar Asli Original Tradisional Sedap. Mood sedang rajin untuk buat kuih tradisional banjar. Ada ke orang banjar dekat sini ? Kompem kenalkn kuih apa yang saya buat  ni. Kepada yang tidak pernah atau tahu, inilah kuih tradisi orang banjar iaitu wadai balungan hayam..Cara lipat serta bentuk kuih balungan ayam memang macam dalam gambar sejak zaman berzaman. Rasanya sama seperti kuih peria namun bezanya dibalut dengan daun pisang untuk menaikkan lagi aroma kuih wadai balungan ayam. Sedap dinikmati dengan se cawan air teh o panas. Saya sertakan sekali resepi wadai balungan hayam banjar asli original tradisional :


Resepi Wadai Balungan Hayam
Resepi Kuih Balung Ayam



Resepi Kuih Balung Ayam Banjar Asli Original Tradisional Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi balung ayam sedap :

Untuk doh ;

  1. Tepung pulut
  2. Air daun pandan + garam


  • Uli doh sampai tidak melekat pada tangan
  • Sukatan main agak-agak je tau.


Resepi Inti Kuih Balung Ayam:

Bahan untuk resepi ini 
  1. Gula merah
  2. Kelapa parut


  • Masak kelapa parut dengan gula merah ( jika nak lagi sedap letak durian)


Cara Buat Kuih Balung Ayam

Cara Membuat Kuih Balung Ayam :

  1. Sapu daun pisang dengan minya agar kuih balung ayam tak melekat lepas masak nanti.
  2. Bulatkan doh dan leperkan atas daun pisang tadi
  3. Letakkan inti pada bahagian tengah
  4. Lipat kuih macam kita lipat karipap ( tekan sikit pada bahagian tepi agar inti tak keluar.
  5. Gunting lebihan bahagian tepi daun pisang seperti dalam gambar diatas.


Step akhir  kukus selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada pengukus masing-masing. Siap. Biar sejuk sikit baru makan. Cara buat kuih wadai balungan hayam banjar mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.