Resepi Kuih Siput Pedas Dan Rangup Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple

Resepi Kuih Siput Pedas Dan Rangup Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Biasa bila nak tiba hari raya je buat kuih siput pedas ni, tapi semalam ada permintaan dari cik abang kita. Mengidam nak  makan katanya. Tadi pergi pasar terus beli bahan bahan buat kuih siput. Ada yang suka juga ke ? Saya kongsikan resepi kuih siput tradisional sukatan cawan untuk rujukan semua. 

Kuih Siput Pedas Dan Rangup Sukatan Cawan
Resepi Kuih Siput Pedas Dan Rangup Sukatan Cawan


Resepi Kuih Siput Rangup Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih siput rangup sukatan cawan ;

Bahan A

  1. Satu kilogram tepung gandum
  2. Dua biji telur gred A ( nak buat tanpa telur pun boleh )
  3. Lima belas biji cili kering 
  4. Empat sudu besar Butter ( cairkan )
  5. Garam atau Gula secukup rasa ( kalau nak buat kuih siput manis letak gula dan sebaliknya )


Bahan B : Bahan Blend


  1. Lima belas biji cili kering
  2. Dua sudu teh jintan manis
  3. Dua ratus gram udang kering ( kalau takde gantikan dengan ikan bilis)
  4. Empat ulas bawang kecil atau dua labu bawang besar
  5. Dua ulas bawang putih
  6. Empat tangkai daun kari


  • Blend semua bahan diatas.
Cara Buat Kuih Siput Sukatan Cawan

Cara buat kuih siput ranggup ;
  1. Gaul tepung bersama butter sampai sebati
  2. Tuang semua bahan blende tadi ke dalam dan gaul sebati.
  3. Kemudian, uli sampai menjadi doh yang lembut ( tambah air sikit demi sikit kalau doh terlalu keras )
  4. Ambil doh sikit dan gentel bulat-bulat.
  5. Golekkan pada acuan kuih siput
  6. Ulang langkah tersebut sampai doh habis 


Step akhir, panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga warna keperangan bersama daun kari. Daun kari seelokknya masukkan masa kuih siput hampir masak untuk elak daun kari menjadi terlalu garing. Dah siap, toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.  Cara buat kuih siput simple je kan,selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×