Resepi Lepat Jagung Sedap Manis Mudah Simple Sukatan Cawan Kukus

Resepi Lepat Jagung Kukus Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple Manis. Petang semalam punya al kisah, kami sekeluarga pekena lepat jagung. On the way pergi pasar semalam, terjumpa jiran kampung sebelah yang asalnya dari Sabah, dia ajak singgah sekejap dekat rumah dia sebab dah lama tak borak. Dua tiga jam juga la, saya duk kat situ. Masa nak balik dia ada kasi jagung sebagai buah tangan. Banyak juga. Dia cakap dia ada tanam jagung dalam pasu di belakang rumah. Jom saya kongsikan resepi lepat jagung manis sukatan cawan :

Resepi Lepat Jagung Sabah
Resepi Lepat Jagung Sedap


Resepi Lepat Jagung Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Manis

Bahan untuk resepi lepat jagung mudah :
  1. Lima tongkol jagung (sagat)
  2. Satu cawan tepung beras
  3. Tiga per empat cawan tepung gandum
  4. Setengah cawan tepung jagung
  5. Setengah cawan gula (suka manis boleh tambah)
  6. Satu setengah cawan santan pekat (1 kotak 200ml tambah bagi cukup 1 1/2 cawan)
  7. Satu sudu kecil garam
  8. Kulit jagung untuk membungkus. ( Kulit tu lap kasi bersih. Gunting sikit pada bahagian hujung nya untuk memudah proses balut nanti.Dan satu lagi, beli jagung fresh yang bersaiz besar )
Cara Buat Lepat Jagung Kukus

Cara Buat Kuih Lepat Jagung :

  1. Campurkan kesemua bahan di atas. 
  2. Kemudian, rasa sikit untuk seimbangkan rasa. Biar cukup manis, masin dan lemak ikut selera kita.
  3. Selepas itu, masak adunan tersebut guna api kecil atau sederhana sampai pekat. ( sentiasa kacau )
  4. Ambil kulit jagung, letakkan satu sudu besar adunan lepat jagung.
  5. Bungkus dan kemaskan.

Step akhir, kukus selama lima belas minit atau sampai masak bergantung kepada alat pengukus masing-masing. Sekarang, siap untuk dihidangkan. Cara membuat lepat jagung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×