Resepi Mee Racun Batu Pahat Original Asli Tradisional Gear Box. Mee Racun Batu Pahat Ori sedang mendarat di lokasi yang tepat. Banyak zombi-zombie sedang menanti kerana kelaparan akibat hujan. Jangan terkejut dengan keunikan namanya dan jangan juga risau kerana mee racun ini tidak mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang memakannya. Ada penggemar mee racun tak kat sini ? Jom saya kongsikan resepi mee racun sedap dan mudah :

Mee Racun Batu Pahat Resepi
Mee Racun Batu Pahat


Resepi Mee Racun Gear Box  Johor Sedap Mudah Simple

Bahan untuk resepi mee racun tulang : ( anggaran lapan orang makan )


  1. Dua bungkus mee kuning
  2. Setengah kilogram tulang kambing
  3. Satu inchi halia diketuk (untuk rebusan)
  4. Beberapa ekor udang
  5. Tiga hingga empat biji bawang merah dikisar
  6. Dua hingga tiga ulas bawang putih dikisar
  7. Setengah inchi halia dikisar
  8. Empat sudu besar cili boh
  9. Lima sudu besar sos tomato
  10. Empat sudu besar sos cili
  11. Satu kiub ayam
  12. Satu sudu besar gula
  13. Garam sikit
  14. Serbuk lada sulah sikit
  15. Satu ikat kecil Sawi
  16. Satu biji tomato (di potong)
  17. Dua kelopak kobis
  18. Telur (optional)



 Cara Memasak Mee Racun

Cara buat mee racun :


  1. Rebus tulang bersama halia sampai empuk.
  2. Dalam periuk lain, tumis bahan kisar sampai kekuningan serta naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tumis sampai garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang, sos tomato serta sos cili 
  5. Biarkan mendidih
  6. Kemudian, masukkan udang, tulang.
  7. Masukkan garam dan gulasecukup rasa
  8. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada sulah. 
  9. Masak sampai kuah menjadi agak pekat 
  10. Masukkan kobis dan tomato.


Step akhir, masukkan mee kuning. Pecahkan telur sebiji demi sebiji,saya suka biar telur menjadi separuh masak je. Dah siap, tutup api dapur dan hidangkan dalam pinggan. Jangan lupa untuk taburkan daun bawang dan bawang goreng ye. Cara nak masak mee racun mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam. Jumpa lagi.