Resepi Miang Kham Thailand Sedap Asli Original Tradisional Colek Daun Kaduk Kelantan. Petang yang redup ditambah angin sepoi sepoi bahasa paling sedap makan Miang Kham atau orang kelantan panggil Colek Daun Kaduk. Dah lama mengidam nak makan miang kham tapi asyik tertangguh sebab daun kaduk susah nak jumpa. Akhirnya tadi dapat juga saya buat. Saya jumpa daun kaduk tumbuh meliar dekat kawasan sekitar kampung. Bukan daun je ambil tadi, sekali dengan anak-anak pokok kaduk saya untuk tanam dalam pasu di rumah. Senang esok-esok kalau terasa nak makan, tinggal petik je. Khasiat daun kaduk pun banyak. Nanti kalau ada masa terluang saya update apa khasiat daun kaduk untuk kesihatan manusia ya.
Miang kham memang popular di Thailand. Di Malaysia, orang kelantan suka sangat makan colek daun kadok ni tau. Bagi yang tak pernah rasa lagi, mungkin boleh beli dekat restoran makanan thai ataupun food festival Thai. Apa yang menarik tentang miang kham adalah kombinasi rasa masam, manis, masin lemak dan pedas bila kita kunyah. Fuhhh, tak dapat banyangkan nikmatnya. Sedap sangat. Saya sertakan sekali resepi miang kham
Miang Kham Resepi |
Resepi Miang Kham Thailand Asli Original Tradisional Sedap Mudah Simple
Resepi asli miang kham original
Resepi Miang Kham Sedap |
Bahan untuk resepi miang kham thai ;
:
- Daun Kaduk
- Bawang Merah
- Udang Kering
- Halia Muda
- Limau nipis
- Kacang Tanah
- Cili Padi
- Isi Kelapa (sangai)
Resepi Sos Miang Kham Sedap
Resepi Sos Miang Kham |
Cara Buat Sos Miang Kham
Cara membuat sos miang kham :
Sos miang kham terdapat pelbagai versi. Yang saya kongsikan ini adalah sos mieng kham versi saya. Simple je tau tapi paling sedap. Bagi saya lah, kalau orang lain saya tak tahu. Saya guna gula nissan atau gula melaka atau gula kabung. Saya cairkan dan campurkan dengan sos ikan sikit. Kuah saya biarkan likat sedikit. Jika nak sedap lagi, boleh campurkan kacang tumbuk dan bijan. Siap. Cara buat miang kham mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.
0 Comments