Resepi Overnight Oat Yang Mudah Simple Sedap Untuk Diet Sahur Yogurt Susu. Salam dan selamat tahun baru semua. Sempena tahun baru, saya ingin kongsikan resepi overnight oat simple untuk semua kerana ianya sangat baik untuk kesihatan. Lebih lebih lagi kepada mereka yang sedang diet untuk kuruskan badan secara sihat tanpa bersusah payah serta membazir untuk membeli produk-produk untuk kurus yang mengarut di pasaran. Nanti bulan puasa pun boleh amalkan makan overnigt oat untuk sahur sebab ianya akan membuatkan kita terasa kenyang sepanjang hari. Saya kongsikan bagaimana cara membuat overnight oat dekat bawah :

Resepi Overnight Oat Yang Simple
Overnight Oat Resepi



Resepi Overnight Oat Yang Simple Mudah Sedap Untuk Sahur Diet

Bahan untuk resepi overnight oat mudah :

  1. Satu cawan Roll oat ( saya guna roll oat sebab dia tak lembik walau sudah berhari-hari dalam jug )
  2. Satu cawan Susu UHT
  3. Satu cawan Yogurt ( tak kisah perasa ape-apa pun )
  4. Kismis Hitam
  5. Buah-buahan segar ( semua jenis buah boleh )
  6.  Setengah sudu teh Chia Seed ( nak letak boleh, tak nak letak pun boleh )


Cara Buat Overnigt Oat Untuk Diet

Cara membuat overnight oat malaysia :

Tips : semasa memasukkan campuran bahan tak perlu kacau ye, masa nak makan baru kacau.

  1. Sediakan bekas yang sesuai
  2. Masukkan roll oat dan tuang susu ke dalamnya
  3. Kemudian, masukkan Chia Seed serta yogurt. 
  4. Taburkan Kismis 

Step akhir, simpan dalam peti sejuk bahagian fridge semalaman. Bila nak makan baru potong buah dan letak dalam oat tersebut.Cara buat overnight oatmeal mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Air Detox Lemon Dan Halia Untuk Kurus