Resepi Sup Makaroni Simple Mudah Sedap Ringkas Cepat Terbaik Anak Bayi Suka. Suatu ketika dulu sebelum kerja sekarang, saya pernah kerja jadi cikgu tadika. Satu hari kakak di taska tersebut masak sup ayam bersama sotong plastik untuk diberikan kepada kanak-kanak riang yang ada kat situ untuk makan tengahari. Konfius saya dibuatnya sebab tak pernah lagi dengar ada orang makan sotong plastik. Tambah-tambah masa tu baru lepas SPM, memang naif sangat dalam hal-hal pasta ni. Bila tiba waktu makan, baru tahu yang rupanya sotong plastik tersebut adalah makaroni. Majoriti budak kat situ panggil sotong plastik. Entah siapalah yang ajar. Tetiba malam tadi teringat pula menu sotong plastik ni, mungkin teringat kenangan lama kot. Jom saya kongsikan resepi sup macaroni simple guna rice cooker sahaja :

Sup Makaroni Ayam Resepi
Sup Makaroni Simple

Resepi Sup Makaroni Ayam Yang Mudah Sedap Simple Ringkas Cepat

Bahan untuk resepi sup macaroni ayam :

Bahan A

  1. Ayam / daging
  2. Makaroni
  3. Lobak
  4. Bunga kubis
  5. Bawang merah, bawang putih, halia ( blender )


Bahan B

  1. Kiub ayam
  2. Jus limau
  3. Serbuk lada sulah
  4. Tomato ( potong dadu )
  5. Garam
  6. Daun sup
  7. Bawang goreng


  • Sukatan agak-agak je tau biar seimbang


Cara Buat Sup Makaroni Ayam

Cara membuat sup makaroni ayam untuk anak :

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam rice cooker dan renehkan.
  2. Bila makaroni dah kembang, masukkan bahan B pula


Step akhir, biarkan seketika dan kacau perlahan lahan. Sekarang dah boleh tutup api dapur dan hidangkan untuk santapan. Cara buat sup makaroni simple je kan, selamat mencuba semua. Salam.