Resepi Tempoyak Pucuk Kayu Negeri Sembilan Asli Original Tradisional Sedap

Resepi Tempoyak Pucuk Kayu Negeri Sembilan Asli Original Tradisional Sedap. Bila musim doyan tiba.Tempoyak pun mula lah berleluaso.Jadi kito buleh la buek masakan gulai tempoyak pucuk kayu negeri sembilan warisan turun temurun nenek moyang kito. Macam ni ha, bahan eh berasaskan pucuk-pucuk kayu. Kalau menetap di kampung leh la carik kek keliling laman yo. Macam daun kunyit, serai pucuk ubi kayu sumo tu kan. Kalau ikut an orang tuo dolu-dolu ado laey pucuk kayu yang di lotak nyo. Macam daun lidah kobau tapi kito guno lah apo yang ado dan mudah di carik yo. Resepi sambal tempoyak pucuk kayu negeri sembilan asli ado dekat bawh yo.

Resepi Tempoyak Pucuk Kayu Negeri Sembilan
Tempoyak Pucuk Kayu Negeri Sembilan


Resepi Tempoyak Pucuk Kayu Negeri Sembilan Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi sambal tempoyak pucuk kayu negeri sembilan :

  1. Tempoyak
  2. Petai
  3. Ikan bilis
  4. Gula
  5. Garam
  6. Santan
  7. Bawang merah hiris




Bahan tumbuk :

  1. Kunyit hdup 
  2. Cili api 
  3. Garam kasar di tumbuk


Bahan mayang halus :


  1. Daun pucuk ubi
  2. Daun kunyit
  3. Daun mangun
  4. Daun pucuk labu
  5. Daun pucuk keladi birah
  6. Daun kaduk
  7. Serai



Cara Masak Tempoyak Pucuk Kayu Negeri Sembilan

Cara membuat sambal tempoyak pucuk kayu negeri sembilan :

  1. Satukan petai,ikan bilis, serai serta cili api dan kunyit yang telah kita tumbuk tadi.
  2. Masukkan santan, renih sampai petai empuk dan santan menjadi sedikit pekat
  3. Masukkan daun-daun kayu yang telah siap dimayang halus
  4. Perasakan gula serta garam

Step akhir, perlahankan api dan sentiasa kacau. Ikut selera kita nak yang jenis berkuah sedikit atau nak yang kering lagi. Saya suka buat yang sedikit berkuah. Kemudian tutup api dapur dan hidangkan atas meja. Siap. Cara buat tempoyak pucuk kayu negeri sembilan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×