Resepi Wadai Kiping Banjar Asli Original Tradisional Sedap Mudah Simple. Ada tak sesiapa yang pernah makan kuih tradisional bandar iaitu wadai kepeng ni ? Sedap sangat, tak rugi kalau cuba buat tau. Resepi kuih wadai kiping banjar asli sukatan cawan ada saya sertakan dibawah :

Resepi Wadai Kiping Banjar Asli
Resepi Wadai Kiping Banjar


Resepi Wadai Kipng Banjar Original Tradisional Asli Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi wadai kiping banjar tradisional :

  1. Satu cawan tepung pulut
  2. Secubit garam
  3. Air

Cara Buat Wadai Kiping

Cara membuat wadai kiping :


  1. Uli semua bahan diatas sampai jadi doh yang tak melekat ditangan. 
  2. Kemudian, gentel  bulat-bulat kecil dan tekan ditengah. 
  3. Susun atas dulang dan ketepikan seketika.



Resepi Kuah Wadai Kiping Banjar

Bahan untuk resepi kuah wadai kiping asli :


  1. Setengah ketul gula melaka atau gula merah
  2. Gula pasir (agak-agak sendiri nak manis setakat mana)
  3. Dua cawan santan (pun sama agak-agak sendiri nak rasa lemak setakat mana)
  4. Dua helai daun pndan
  5. Garam
  6. Air


Cara Buat Kuah Wadai Kiping

Cara membuat Kuah Wadai Kiping :


  1. Masak sekejap semua bahan kuah wadai kiping atas dapur guna api sederhana 


Kemudian,  masukkan doh wadai kiping yang siap digentel tadi dan biarkan hingga mendidih. Tambah air sikit kalau perlu. Siap. Cara buat kuih wadai kiping mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Wadai Balungan Hayam Banjar Asli