Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah Sendiri Dengan Betul DIY Step By Step. Ketika balik kampung sempena cuti tahun baru cina minggu lepas, saya baru ada kesempatan untuk memasang tinted tingkap rumah. Tak sanggup rasanya nak duduk dekat dapur menjelang waktu petang, mana tidaknya sinaran matahari terus masuk ke dalam rumah dan menyebabkan bahang kepanasan bertambah. Jarang sekali saya nampak rumah yang tingkap jenis seperti rumah saya pasang tinted. Biasa rumah yang bertingkap sliding sahaja yang pasang tinted. Tapi apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru kan.  Lagipun kos saya beli tinted cermin kat DIY murah dan cara pasang tinted tingkap rumah pun mudah sahaja. Kalau ada yang nak cuba juga, jom saya kongsikan cara memasang tingkap rumah :

Cara Memasang Tinted Rumah
Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah


Cara Pasang Tinted Cermin Rumah

Bahan untuk tutorial pasang tinted tingkap rumah :
  1. Filem tinted
  2. Pisau ( akan dapat sekali masa beli filem tinted dekat Mr.DiY )
  3. Scraper ( akan dapat sekali masa beli filem tinted kat Mr.DiY )
  4. Spray berisi air sabun
  5. Pembaris ( lagi panjang lagi bagus)
  6. Kain


Cara Pasang Tinted Tingkap Rumah Step By Step

Cara Memasang Tinted Tingkap Rumah Step By Step :

Cara Memasang Tinted Cermin Rumah
Cara Memasang Tinted Tingkap Rumah


1. Cuci bersih cermin bagi tujuan membuang semua kotoran yang melekat. Saya pakai pisau bersama semburan air sabun untuk kikis segala kotoran yang melekat pada cermin tersebut. Pastikan betul-betul bersih tau, bimbang nanti tinted ada masalah dan tak tahan lama.

Diy Pasang Tinted Rumah
Cara Pasang Sendiri Tinted Rumah


2. Potong filem tinted mengikut saiz cermin. Caranya, letak je gulungan filem tinted atas cermin dan potong ikut saiz cermin.

Cara Memasang Tinted Sendiri
Cara Memasang Tinted Rumah


3. Buka plastik transparent yang ada pada filem tinted. Caranya, lipat sedikit bahagian hujung serta tengok gelembung udara. Pakai pisau dan kopek pada bahagian gelembong udara tersebut.

Cara Memasang Sendiri Tinted Cermin Rumah
Cara Memasang Tinted Cermin Rumah


4. Sembur air sabun banyak-banyak pada bahagian filem tinted yang bergam. Kemudian buang plastik salutan tadi. Spray kan juga pada permukaan cermin sebelum letakkan filem tinted ye. Semburan air sabun adalah bertujuan untuk memudahkan kita adjust tinted masa kita pasang.

Cara Memasang Tinted Diy
Cara Pasang Tinted Diy


5. Bila dah pasang filem pada cermin, spraykan air sabun sekali lagi pada filem tinted. Kemudian, lurutkan tinted yang kita pasang tersebut guna scraper yang berbalut kain untuk hilangkan gelembung udara. Lakukannya secara perlahan-lahan dan berhati-hati agar filem tinted tidak tercalar.


Cara Memasang Tinted Cermin Rumah
Cara Pasang Tinted Cermin Rumah


6. Step akhir, potong sedikit di hujung kanan dan kiri cermin agar filem tinted yang kita pasang tidak berlaga dengan besi pemegang cermin.


Cara Memasang Tinted Rumah Sendiri
Cara Pasang Tinted Rumah Sendiri

Sekarang siap. Pasang kembali cermin dan pastikan permukaan yang bertinted berada pada bahagian dalam rumah.  Cara nak pasang tinted tingkap rumah mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.