Resepi Apam Tokyo Sukatan Cawan Mudah Simple Lembut Rangup Paling Sedap

Resepi Apam Tokyo Sukatan Cawan Mudah Simple Lembut Rangup Paling Sedap. Salam semua. Makan apa petang tadi ? Saya sekeluarga makan kuih apam tokyo yang lembut dan gebu ni. Ada gak orang panggil kuih ni apam manja, apam sua, apam suri dan tokiaw. Lain tempat lain nama dia kan. Sekejap je habis tadi bila hidangkan atas meja. Masing-masing berebut nak makan. Tukang masak pun sempat makan sikit je. Tapi takpe lah dapat tengok anak-anak gembira pun dah cukup untuk saya. Saya buat dua jenis apam tokyo tadi, satu apam tokyo inti sekaya dan satu lagi apam tokyo inti coklat. Ada yang nak cuba buat tak ? Saya selitkan sekali resepi apam tokyo mudah sukatan cawan :

Resepi Apam Tokyo Inti Sekaya
Resepi Apam Tokyo Sukatan Cawan


Resepi Apam Tokyo Mudah Sukatan Cawan Simple Ringkas


Kuih Apam Tokyo Sukatan Cawan
Apam Tokyo Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi apam tokyo sedap :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Setengah sudu teh serbuk penaik
  3. Satu biji telur
  4. Satu per empat cawan gula
  5. Setengah cawan susu segar/ susu cair
  6. Setengah cawan air
  7. Satu sudu besar marjerin cair
  8. Secubit garam

Cara Buat Apam Tokyo Sukatan Cawan

Resepi Apam Tokyo Rangup
Apam Tokyo Resepi


Cara membuat apam tokyo sukatan cawan :

  1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  2. Selepas itu, satukan semua bahan lain dan kacau sampai sebati.


Cara Membuat Apam Tokyo
Cara Buat Apam Tokyo


Step akhir, sendukkan atas pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Letak inti dan lipat. Siap. Cara buat apam tokyo mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam. 

No comments:

Post a Comment

×