Resepi Bingka Labu Bakar Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap

Resepi Bingka Labu Bakar Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap. Ada tak yang suka makan bingka labu aka bengkang labu ? Inilah untungnya bila kita tanam sendiri labu dekat rumah, bila dah masak boleh buat kuih muih yang mudah dan sedap gitu. Lagipun tanam labu ni tak cerewet tak perlu dijaga rapi dan susah nak kena serangan penyakit. Serta yang paling penting adalah terhindar daripada unsur bahan kimia. Jom saya kongsikan resepi bingka labu bakar sukatan cawan :



Resepi Bingka Labu Bakar Sukatan Cawan
Bingka Labu Bakar Sukatan Cawan



Resepi Bengkang Labu Bakar Sukatan Cawan Mudah Simple Ringkas

Bahan untuk resepi bengkang labu sukatan cawan :
  1. Tiga biji telur ayam
  2. Tiga cawan santan ( sederhana pekat )
  3. Dua cawan tepung gandum
  4. Satu cawan gula
  5. Setengah sudu kecil garam
  6. Satu sudu kecil aisen vanilla
  7. Dua sudu besar butter
  8. Dua cawan labu ( rebus, lecek baru sukat )
  9. Bijan sikit



Cara Buat Bingka Labu Kuning

Cara Buat Bingka Labu Simple :

Resepi Bengkang Labu Bakar Sukatan Cawan
Bengkang Labu Bakar Sukatan Cawan

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali labu. 
  2. Kacau guna whisk sampai sebati
  3. Tapis adunan tersebut
  4. Masukkan labu. Kacau biar rata dan sebati
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan majerin atau minyak.

Step akhir, panaskan oven dulu sekejap pada suhu 200, kemudian bakar selama satu jam atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing.

Resepi Lepat Labu Kuning Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple

No comments:

Post a Comment

×