Resepi Nutella Pod Cookies Sukatan Cawan Gebu Rangup Rapuh Lembut Mudah Dan Sedap Simple. Sedang kemas- kemas laci di dapur rumah untuk mencari acuan tart nenas mawar semalam, sekali terjumpa resepi nutella pod cookies yang sedap. Tak silap, saya belajar cara membuat nutella pod adalah pada tiga tahun yang lepas dengan seorang kenalan satu kampung. Masa tu memang biskut nutella pod viral sangat bak kata budak budak moden sekarang. Sempat jugalah buat jual dengan harga mampu milik sekali dua bila nak menjelang hari raya. Member-member encik suami paling ramai order. Lepas tu resepi biskut nutella pod hilang entah kemana. Tup tup hari ni muncul balik. Rindu dekat tuan dia kot ataupun mungkin juga dia tahu yang tuan dia dah lama sangat tak makan kuih nutella pod ni. Saya pun apa lagi, tadi masa pergi pasar terus beli semua bahan-bahan untuk buat nutella pod untuk santapan diri dan ahli keluarga tercinta. Cara buat nutella pod simple je, jom saya kongsikan resepi nutella pod sukatan cawan :


Resepi Nutella Pod Sukatan Cawan
Resepi Nutella Pod Cookies Sukatan Cawan


Resepi Nutella Pod Sukatan Cawan Rangup Gebu Lembut Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi nutella pod mudah sukatan cawan :

Nutella Pod  Cookies Sukatan Cawan
Nutella Pod Sukatan Cawan



Bahan A


  1. Setengah cawan marjerin ( saya guna cap pelangi )
  2. Tiga sudu besar gula halus
  3. Satu sudu kecil esen vanilla
  4. Satu biji kuning telur




  • Masukkan majerin, gula halus dan esen vanilla ke dalam satu bekas dan kacau guna tangan sampai rata.
  • Kemudian, masukkan pula kuning telur.



Bahan B : Bahan Ayak


  1. Satu cawan setengah tepung gandum
  2. Setengah sudu kecil baking powder
  3. Satu sudu kecil soda bikarbonat
  4. Satu sudu besar tepung beras/ emplex
  5. Tiga sudu besar susu tepung nespray



  • Ayak semua bahan diatas



Bahan C


  1. Empat hingga lima sudu besar badam yang telah siap di kisar, dan dibakar


Bahan D


  1. Nutella
  2. Minyak masak sikit



  • Kacau sebati kedua dua bahan diatas.



Cara Buat Nutella Pod

Nutella Pod Recipe
Nutella Pod Resepi


Cara membuat nutella pod :


  1. Masukkan bahan yang kita ayak tadi ke dalam adunan bahan A secara sedikit demi sedikit hingga jadi doh yang senang dibentuk.
  2. Masukkan pula badam
  3. Gaul sebati.
  4. selepas itu, gentel bulat-bulat adunan dan letakkan dalam loyang yang di gris dengan minyak atau dilapik dengan baking paper.
  5. Tekan adunan yang telah di gentel pada bahagian tengah.
  6. Masukkan dalam peti ais dibahagian sejuk beku selama lima hingga sepuluh minit.
  7. Sambil- sambil tu, panaskan oven selama lima minit hingga sepuluh dan bakar pada suhu 135 selama setengah jam atau sampai masak. Bergantung kepada kapasiti oven masing-masing.


Step akhir, paipkan nutella pada bahagian tengah kuih nutella pod tu. Nak letak banyak mana, ikut suka hati. Sekarang, dah boleh ngap atau simpan dalam bekas kedap udara untuk dimakan pada masa akan datang.. Cara buat nutella pod mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.