Resepi Potato Smile Mudah Simple Lembut Rangup Crunchy Paling Sedap Kentang Senyum

Resepi Potato Smile Viral Mudah Simple Lembut Rangup Crunchy Paling Sedap Kentang Senyum. Anak saya susah makan. Jadi saya cubalah.buatkan kentang senyum viral ni untuk dia. Bila dah siap semua, anak cakap dia tak nak makan sebab tak sampai hati tengok kentang senyum ni asyik seyum kat dia je. Sabar je lah. Akhirnya, mak dia yang habiskan semua sekali. Ada yang nak tahu tak cara buat kentang senyum ? Saya selitkan resepi potato smile viral dibawah :

Resepi Potato Smile Mudah
Resepi Potato Smile

Resepi Potato Smile Rangup Crunchy Mudah Dan Sedap



Resepi Potato Smile Viral
Potato Smile Resepi


Bahan untuk resepi potato smile simple :

  1. Empat biji kentang
  2. Empat sudu besar tepung gandum
  3. Empat sudu besar tepung jagung
  4. Empat sudu besar serbuk roti
  5. Satu kiub pati ayam
  6. Garam sikit


Cara Buat Potato Smile


Cara Membuat Potato Smile
Cara Buat Potato Smile


Cara membuat potato smile :


  1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam sampai empuk
  2. Toskan sekejap dan lenyek kentang sampai lumat serta sebati
  3. Masukkan tepung gandum,tepung jagung, serbuk roti dan garam
  4. Uli sampai menjadi doh
  5. Kalau adunan lembik, tambah tepung jagung sikit
  6. Canaikan adunan tersebut. Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis. Sedang sedang sahaja.
  7. Kemudian tekap dengan acuan bulat.
  8. Lubangkan mata guna straw dan mulut pakai hujung sudu

Step akhir, panaskan minyak dan goreng guna api sederhana sampai masak. Siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Cara buat potato smile mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×