Resepi Ayam Masak Ungkep Tanpa Santan Simple Paling Sedap Ala Jawa Johor. Pertama kali cuba masak masakan orang jawa johor. Tak tahulah jadi ke tidak tapi rasanya memang sedap dan mantap. Pekena pula dengan nasi putih panas-panas, terus tak pandang lauk lain dah. Tadi hidang atas meja sekejap ja sudah habis licin diterkam oleh anak-anak dan suami. Ada yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi ayam masak ungkep yang mudah dan sedap :




Resepi Ayam Masak Ungkep Tanpa Santan Mudah Ringkas Sedap Simple

Ayam Masak Ungkep Resepi
Ayam Masak Ungkep Jawa


Bahan untuk ayam masak ungkep simple :

Bahan A

  1. Ayam ( potong )
  2. Satu batang serai - ketuk
  3. Satu keping asam keping
  4. Air secukupnya
  5. Minyak masak secukupnya
  6. Garam dan gula secukup rasa


Bahan B : Bahan kisar

  1. Dua labu bawang besar
  2. Tiga ulas bawang putih
  3. Satu inci halia
  4. Satu inci kunyit hidup
  5. Dua batang serai
  6. Satu sudu besar jintan manis
  7. Satu sudu besar jintan putih
  8. Satu sudu besar serbuk ketumbar
  9. Dua puluh biji cilipadi hijau ( nak kurangkan atau tambah, ikut tahap pedas yang kita nak )


Cara Masak Ayam Ungkep

Resepi Ayam Masak Ungkep Tanpa Santan
Ayam Masak Ungkep Tanpa Santan


Cara Memasak Ayam Ungkep

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah kita blend tadi.
  2. Tunggu hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam serta serai
  4. Masukkan air, nak berkuah sila lebihkan air ye.
  5. Perlahankan api dan tutup guna tudung periuk. 
  6. Sesekali kacau untuk elak hangit lak.


Resepi Ayam Masak Ungkep Simple
Ayam Masak Ungkep Simple


Step akhir, masuk garam serta gula. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja. Cara buat ayam masak ungkep mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.