Resepi Brownies Cookies Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Kedut Chewy Viral

Resepi Brownies Cookies Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Kedut Chewy Viral. Dah dekat nak puasa ni, marilah kita secara berjemaah membuat persediaan untuk membuat biskut raya. Tadi saya dah mula practice buat brownies cookies yang mudah dan sedap. Ingat kalau sempat jumpa raya lagi, biskut brownies akan jadi biskut raya 2018 untuk rumah saya. Rasanya sedap sangat dan memang kena dengan selera saya. Dan yang paling penting, resepi dan bahan yang digunakan ringkas sangat. Ada yang nak cuba ? Saya kongsikan resepi brownies cookies kedut dekat bawah ya :

Brownies Cookies Recipe
Brownies Cookies Resepi


Resepi Brownies Cookies Viral Sedap Mudah Ringkas Bite

Bahan untuk resepi brownies cookies sedap :

Resepi Brownies Cookies Viral
Resepi Brownies Cookies Kedut


Bahan A

  1. 200 gram dark choclolate
  2. 125 gram pure butter


  • Double boil


Bahan B

  1. 100 gram gula perang
  2. 150 gram gula kaster
  3. Dua biji telur (gred A)


Bahan C

  1. 130 gram tepung gandum
  2. 1 sudu teh baking powder
  3. Tiga sudu makan koko powder


Sesiapa yang nak dalam sukatan cawan boleh klik atau rujuk Tukar Sukatan Gram Ke Sukatan Cawan


Cara Buat Brownies Cookies

Cara membuat brownies cookies :

  1. Cairkn butter dan coklat
  2. Gaulkan bahan B sampai sebati (tidak perlu kembang)
  3. Selepas itu, masukkan bahan A
  4. Masukkan bahan c dan gaulkan sampai sebati
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan letak pada silicon mat


Resepi Brownies Cookies Sedap
Brownies Cookies Recipe


Step akhir, bakar selama dua belas minit pada suhu oven 180c guna api bawah sahaja. Siap.Cara bikin brownies cookies mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

1 comment:

Gee® said...

Wow! mabelesnya brownies...

Post a Comment

×