Resepi Solok Ikan Kembung Mudah Simple Paling Sedap Ala Kelantan. Siapa pernah makan ? Sedap sangat kan. Bagi yang belum pernah rasa, solok lada ikan lebih kurang dengan solok lada sahaja yang membezakannya adalah solok ikan letak daun kesum dalam adunan inti solok tersebut. Saya paling suka letak banyak-banyak daun kesum dan isi pula sengaja sumbat bagi muncit muncit. Jom saya kongsikan resepi solok ikan kelantan yang mudah dan sedap :

Solok Ikan Resepi
Solok Ikan Kelantan



Resepi Solok Ikan Kelantan Sedap Mudah Simple

Bahan untuk resepi solok ikan simple :

Bahan A


  1. Ikan kembung ( ikan lain pun boleh cam cencaru dan selayang. Ni saya guna selayang )

  • Cuci bersih dan belah bahagian belakang serta buang tulang ikan tersebut
  • Lumur dengan garam dan kunyit


Bahan B : Resepi Inti Solok Ikan


  1. Dua cawan kelapa parut
  2. Lima ulas bawang merah
  3. Tiga ulas bawang putih
  4. Satu inchi halia
  5. Satu sudu kecil lada hitam
  6. Sebatang serai
  7. Hirisan daun kesum ( ikut suka nak letak banyak mana )
  8. Satu biji telur
  9. Garam sikit
  10. Gula sikit
  11. Cili padi ( ikut tahap kepedasan yang kita nak )
  12. Satu sudu tepung ubi ( tak nak letak pun takpe, saya biasa letak sebab tak nak kasi inti berderai )


Cara Membuat Solok Ikan Kembung

Cara buat solok ikan kembung :



  1. Tumbuk kelapa parut, bawang, lada hitam, halia, serai, dan daun kesum
  2. Gaul semua sekali hingga rata
  3. Pecahkan telur, masukkan tepung ubi dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Gaul bagi sebati semua
  5. Dah sebati, sumbat inti yang kita buat ke dalam bahagian belahan ikan tadi kemas-kemas.
  6. Kalau takut juga inti berderai, sapukan telur pada bahagian inti solok rata-rata.

Step akhir, panaskan minyak atas dapur dan goreng menggunakan api sederhana hingga masak. Toskan dan siap sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih. Cara buat solok ikan kembung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.