Resepi Asam Pedas Melaka Simple Mudah Asli Original Tradisional Paling Sedap.  Menu makan tengahari jumaat yang mulia ini saya ada buatkan asam pedas melaka asli. Pagi tadi suami yang minta saya buatkan, katanya dah lama tak pekena lauk asam pedas melaka. Pergi pasar terus beli bahan-bahan untuk buat asam pedas melaka. Saya sebenarnya dah lama pandai masak asam pedas melaka ni sebab jiran sebelah rumah saya dulu dia orang Masjid Tanah Melaka, jadi teramatlah rugi jika saya tidak belajar cara memasak asam pedas melaka dengan dia. Ada yang suka tak asam pedas melaka ye ? Kita geng. Kepada yang nak cuba, resepi asam pedas melaka mudah ada saya kongsikan dibawah :

Asam Pedas Melaka Sedap
Resepi Asam Pedas Melaka Sedap



Resepi Asam Pedas Melaka Asli Original Mudah Ringkas Paling Sedap

Bahan untuk resepi asam pedas melaka simple :

Asam Pedas Melaka Recipe
Asam Pedas Melaka Resepi


Bahan A


  1. Ikan tenggiri atau  ikan pari atau apa-apa ikan yang dirasakan sesuai.

Bahan B : Blend


  1. Tiga biji bawang merah
  2. Satu biji bawang putih
  3. Dua sentimeter halia
  4. Satu mangkuk cili kering ( Rendam kemudian kisar, boleh letak lebih jika suka pekat dan pedas )
  5. Tiga sentimeter belacan  (boleh lebihkan atau kurangkan )
  6. Dua sentimeter kunyit hidup
  7. Satu sudu besar lada hitam


  • Blend semua bahan B diatas


Asam Pedas Melaka Claypot
Asam Pedas Melaka Sedap Resepi



Bahan C


  1. Tiga batang serai - dititik
  2. Satu sudu teh halba
  3. Daun kesum dan bungan kantan
  4. Bendi 
  5. Terung 
  6. Tomato
  7. Air asam jawa secukupnya
  8. Garam dan gula secukup rasa
  9. Minyak untuk menumis

Cara Masak Asam Pedas Melaka

Resepi Asam Pedas Melaka Claypot
Asam Pedas Melaka Claypot


Cara Membuat Asam Pedas Melaka :


  1. Panaskan minyak dan tumis halba sampai kekuningan sikit
  2. Masukkan bahan yang kita blend tadi
  3. Masukkan serai yang telah diketuk
  4. Tumis sampai garing serta pecah minyak. 
  5. Kemudian, masukkan gula dan garam sikit ( untuk seimbangkan rasa je tau jangan hingga manis )
  6. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.
  7. Masukkan ikan dan kacau-kacau sikit
  8. Masukkan air asam jawa ( nak letak banyak mana atas selera masing-masing. Kalau nak pekat kurangkan, kalau nak cair lebihkan )

Resepi Asam Pedas Melaka Asli
Resepi Asam Pedas Melaka Ori

Step akhir, masukkan sayur-sayuran yang kita sediakan dan potong tadi. Biarkan mendidih seketika atas dapur dan tutup api. Sekarang, dah siap untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan ahli rumah atau tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat asam pedas melaka mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.