Resepi Biskut Chipsmore Sukatan Cawan Rangup Gebu Mudah Simple Paling Sedap Viral

Resepi Biskut Chipsmore Sukatan Cawan Rangup Gebu Mudah Simple Paling Sedap Viral. Chipsmore Cookies homemade in the house. Syukur, biskut chipsmore yang mudah dan sedap menjadi dengan jayanya. Setiap tahun kompem akan buat biskut chipsmore rangup ni untuk dijadikan kuih raya bagi menjamu tetamu yang datang ke rumah. Antara resepi kuih raya simple dan sedap serta mendapat sambutan tinggi daripada para tetamu. Anak-anak dan suami pun suka bukan main. Kalau diaorang mengadap tv, satu balang boleh habis dalam masa lima minit tau. Melekat dia punya coklat rasa kat gusi. Ada yang suka tak dengan biskut chipmore ni ya ? Kita geng. Sekarang jom saya kongsikan resepi biskut chipsmore simple sukatan cawan ;

Biskut Chipsmore Sukatan Cawan
Resepi Biskut Chipsmore Sukatan Cawan


Resepi Biskut Chipsmore Rangup Sukatan Cawan Senang Ringkas Viral

Bahan untuk resepi biskut chipsmore mudah ;

Biskut Chipsmore Resepi
Biskut Chipsmore Sukatan Cawan


Bahan A

  1. Satu cawan butter atau marjerin
  2. Satu cawan minyak masak
  3. Satu cawan brown sugar
  4. Setengah cawan gula kastor
  5. Satu biji telur
  6. Esen vanila sikit
  7. Butter oil sikit
  8. Garam sikit


Bahan B

  1. Empat cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecil cream of tartar
  3. Satu sudu kecil baking powder
  4. Satu sudu kecil soda bikabonat


  • Ayak semua bahan B



Bahan C

  1. Satu cawan coklat chip
  2. Satu cawan badam slice


Cara Buat Biskut Chipsmore

Chipsmore Cookies Recipe
Biskut Chipsmore Resepi


Cara membuat biskut chipsmore :

  1. Satukan semua bahan A dan kacau hingga sebati
  2. Seterusnya masukkan bahan B yang telah siap kita ayak dan kacau sebati
  3. Masukkan coklat chip dan badam slice. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Oleskan loyang dengan minyak.
  5. Sudukan adunan tadi atas loyang hingga habis. ( nak buat bentuk apa-apa pun tak kisah atas kreativiti masing-masing ya )


Biskut Chipsmore Rangup
Resepi Biskut Chipsmore Rangup


Step akhir, bakar adunan biskut chips more tersebut pada suhu 170 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Siap. Cara buat biskut chipsmore simple je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu..

No comments:

Post a Comment

×