Resepi Biskut Red Velvet Sukatan Cawan Cookies Mudah Rangup Gebu Simple Sedap

Resepi Biskut Red Velvet Sukatan Cawan Cookies Mudah Rangup Gebu Simple Paling Sedap. Resepi kuih raya terbaru dan terkini kembali lagi. Kali ini kita cuba biskut red velvet yang sedap, rangup dan mudah sangat. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan viral laman sosial. Tak tahan asyik muncul dekat news feed je. Syukur menjadi dengan jayanya walaupun cubaan kali pertama. Anak-anak dan suami semua puji. Maknanya kat situ boleh tahanlah rasanya kan. Ada yang suka tak dengan kuih red velvet ni ya ? Jom saya kongsikan resepi biskut red velvet mudah sukatan cawan :  


Biskut Red Velvet Sukatan Cawan
Resepi Biskut Red Velvet Sukatan Cawan



Resepi Red Velvet Cookies Sukatan Cawan Rangup Ringkas Step By Step


Red Velvet Cookies Recipe
Red Velvet Cookies Resepi


Bahan resepi red velvet cookies simple :

  1. Setengah cawan atau 150 gram butter
  2. Satu cawan gula perang
  3. Sedikit esen vanilla
  4. Satu sudu besar minyak sapi
  5. Satu biji kuning telur
  6. Dua sudu kecil pewarna merah
  7. Satu sudu kecil pewarna oren
  8. Satu sudu kecil cuka masakan
  9. Satu sudu kecil baking powder
  10. Setengah sudu kecil soda bikarbonat
  11. Satu sudu besar tepung jadung
  12. Satu, tiga per empat cawan tepung gandum.
  13. Coklat chips putih secukupnya
  14. Almond slice secukupnya

Biskut Red Velvet Recipe
Biskut Red Velvet Resepi



Cara Buat Biskut Red Velvet

Cara membuat biskut red velvet :

  1. Satukan butter, gula, esen vanilla, minya sapi, telur kuning. Whisk kan sampai sebati.
  2. Masukkan pewarna, sebuk koko serta cuka masakan. Kacau lagi.
  3. Masukkan tepung beras, tepung jadung dan kacau rata
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan coklat chips dan almond slice dan gaul rata. ( tak perlu di sangai )
  6. Tutup adunan guna plastc wrap dan rehatkan dalam peti ais bahagian chiller selama setengah jam
Red Velvet Cookies Sukatan Cawan
Biskut Red Velvet Sukatan Cawan

Step akhir, cubitkan atau terap adunan mengikut kreativiti sendiri dan susun elok-elok dalam loyang yang telah di gris minyak atau butter. Kemudian, bakar pada sudu 170 selama setengah jam atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap. Cara buat red velvet cookies mudah je kan, selamat mencuba semua. Jangan lupa datang rumah masa raya nanti. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

No comments:

Post a Comment

×