Resepi Biskut Sarang Lebah Sukatan Mudah Simple Lembut Gebu Paling Sedap. Sebelum ini saya, biasa makan roti sarang lebah sahaja tapi hari ini kita kasi tukar jadi biskut sarang lebah yang mudah dan sedap gitu. Resepi biskut sarang lebah gebu serta kaya dengan badam dan kekacang rangup pada setiap gigitan suami saya dapat dari rakan tempat kerja lama dia. Sejak dah pandai buat saya tak pernah tinggal untuk membuat biskut sarang lebah setiap kali menjelang raya tau. Kalau makan jadi ketagih sampai tak sedar habis satu tray seorang diri. Ada yang nak tau cara membuat kuih sarang lebah tak ? Jom saya kongsikan resepi biskut sarang lebah sedap sukatan cawan :

Biskut Sarang Lebah Sukatan Cawan
Resepi Biskut Sarang Lebah Sukatan Cawan


Resepi Kuih Sarang Lebah Sukatan Cawan Senang Ringkas Viral

Bahan untuk resepi kuih sarang lebah sedap :

Biskut Sarang Lebah Sedap
Resepi Biskut Sarang Lebah Sedap


Bahan A : Doh


  1. Satu cawan butter ( saya guna buttercup yang dalam tong )
  2. Setengah cawan gula perang atau gula merah halus
  3. Dua sudu teh gula aisen
  4. Satu sudu teh esen vanilla
  5. Dua sudu besar susu tepung
  6. Satu sudu besar serbuk badan ( saya letak lebih sikit )
  7. Tiga sudu besar tepung suji atau semolina flour
  8. Satu biji kuning telur saiz A
  9. Satu cawan tepung kek atau tepung naik sendiri
  10. Satu cawan tepung jagung
  11. Satu cawan tepung gandum ( saya tak guna semua pun sebab doh dah jadi cantik )
  12. Setengah cawan badam hancur


Biskut Sarang Lebah Mudah
Resepi Biskut Sarang Lebah Mudah

Bahan B : Hiasan


  1. Biji Labu
  2. Kuaci
  3. Bijan Hitam
  4. Almond


Kuih Sarang Lebah Resepi
Kuih Sarang Lebah Sedap


Bahan C : Sapuan


  1. Telur
  2. Esen vanilla  sikit
  3. Pewarna Kuning


  • Campur dan kacau sebati


Biskut Sarang Lebah Sukatan Cawan Resepi
Biskut Sarang Lebah Sukatan Cawan

Cara Buat Biskut Sarang Lebah


Kuih Sarang Lebah Resepi
Kuih Sarang Lebah Sukatan Cawan


Cara Buat Kuih Sarang Lebah


  1. Satukan butter dan gula. Kacau sebati.
  2. Masukkan kuning telur, esen dan kacau lagi.
  3. Masukkan susu, serbuk badam, tepung suji, badan hancur dan kacau
  4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.


Biskut Sarang Lebah Recipe
Biskut Sarang Lebah Resepi

Step akhir, terap guna acuan dan sapukan telur (bahan c ) serta hias cantik-cantik. Kemudian, bakar pada suhu 140 selama dua puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Dah siap boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk santapan para tetamu di hari raya aidilfitri yang mulia. Cara membuat biskut sarang lebah mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lain di lain hari.