Resepi Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan Mudah Simple Ringkas Paling Sedap

Resepi Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan Mudah Simple Ringkas Paling Sedap. Bubur kacang hijau bersama pisang untuk santapan petang ahli rumah. Saya tak guna santan sebab stok santan dalam dapur rumah sudah habis. Kurang rajin nak pergi kedai. Jadi, saya gantikan santan dengan susu manis dan tepung jagung. Ada sesiapa suka ? Resepi bubur kancang hijau tanpa santan yang mudah dan sedap ada saya kongsikan dekat bawah :

Resepi Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan
Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan



Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap Mudah Senang Simple Ringkas

 Bahan untuk resepi bubur kacang hijau :


  1. Satu paket kacang hijau (200 gram)
  2. Satu senduk gula
  3. Satu tin susu manis
  4. Satu senduk besar tepung jagung  ( untuk pekatkan kuah, tak nak letak pun boleh )
  5. Sepuluh biji pisang ( nak gantikan dengan durian pun boleh )


Cara Buat Bubur Kacang Hijau Sedap

Cara Membuat Bubur Kacang Hijau Tanpa Santan ;

  1. Rebus kacang hijau hingga empuk dalam periuk.
  2. Apabila  sudah empuk masukkan gula dan susu manis (kurangkan kalau tak suka manis)
  3. Masukkan pisang yang siap dihiris. Saya lagi suka hiris tebal-tebal.
  4. Dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan air dan kacau sebati.
  5. Masukkan adunan tepung jagung bersama air tadi sedikit demi sedikit sambil-sambil kacau.
  6. Jangan masukkan terus adunan tepung jagung tu tanpa kacau tau, nanti jadi ketul-ketul, tak cantik.


Step akhir, biarkan sampai mendidih. Dah kena dengan pekat yang kita nak, matikan api. Siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli rumah atau tetamu. Cara buat bubur kacang hijau tanpa santan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.

No comments:

Post a Comment

×