Resepi Biskut Cornflakes Madu Tanpa Bakar Tanpa Oven Mudah Rangup Simple Sedap. Mesti semua suka makan biskut cornflake madu kan. Resepi biskut raya paling mudah dan sedap serta paling mendapat sambutan tinggi daripada para tetamu yang bertandang ke rumah. Oleh itu pada malam ini saya dengan berbesar hati  menganugerahkan cornflakes madu sebagai salah resepi kuih raya paling mudah dan biskut raya paling popular di kalangan masyarakat majmuk yang berada di Malaysia. Jarang-jarang kalau pergi beraya tak jumpa biskut cornflakes madu atas meja. Lemak manis ketagih gitu. Cara nak buat cornflakes madu mudah dan murah sangat. Tak penat pun, masa pun singkat sahaja. Tips nak lagi sedap dan chewy kena letak majerin lebih-lebih sikit. Macam selalu dulu letak empat sudu sahaja tapi sekarang letak lima hingga enam sudu sebab bau dia wangi dan rasa macam makan jagung.

Cornflakes Madu Rangup Tanpa Bakar
Cornflakes Madu Tanpa Bakar


Resepi Cornflakes Madu Tanpa Oven Tanpa Bakar Rangup

Bahan untuk resepi cornflakes madu simple :

Resepi Cornflakes Madu Rangup
Resepi Cornflakes Madu Mudah


Bahan A

  1. Lima sudu majerin ( boleh lebihkan )
  2. Empat sudu gula perang halus/ gula merah
  3. Enam sudu madu
  4. Sekotak cornflake

Bahan B

  1. Colour Rice
  2. Papercup


Cornflakes Madu Resepi
Cornflakes Madu Tanpa Oven



Cara Buat Cornflakes Madu Tanpa Bakar

Resepi Cornflakes Madu Simple
Cornflakes Madu Simple


Cara buat biskut cornflakes madu tanpa bakar :

  1. Panaskan kuali
  2. Masukkan majerin
  3. Masukkan gula perang/gula merah
  4. Masukkan madu
  5. Kacau sampai berbuih guna api perlahan. Tapi jangan lama sangat takut hangus pula.
  6. Masukkan cornflake sedikit demi sedikit sambil kacau rata
  7. Pindahkan ke bekas lain.


Resepi Cornflakes Madu Tanpa Bakar
Cornflakes Madu Rangup Tanpa Bakar

Step akhir, masukkan dalam paper cup ketika masih panas. Jangan lambat tau, nanti dah sejuk melekat-melekat pula dia. Kemudian taburkan colour rice cantik-cantik. Siap.Cara buat cornflakes madu rangup mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi. Jemputlah datang beraya ke rumah ye semua.