Resepi Kek Kampung Sukatan Cawan Mudah Simple Lembut Gebu Paling Sedap

Resepi Kek Kampung Sukatan Cawan Mudah Simple Lembut Gebu Paling Sedap. Orang lain bizi buat bsskut raya, saya pula sedang sibuk buat kek kampung yang mudah dan sedap turun temurun ni. Rasanya tadi saya buat kek kampung tapi dah jadi macam kek span pulak. Buka oven tengok kek ringan sangat. Dalam hati berdebo tak terkata sebab ingatkan tak jadi. Rupanya syukur menjadi dengan jayanya walaupun ala ala kek span sikit. Yang penting gebu okey. Bagi yang nak tahu cara membuat kek kampung, saya ada selitkan resepi kek kampung mudah sukatan cawan dibawah :

Kek Kampung Sukatan Cawan
Resepi Kek Kampung Sukatan Cawan


Resepi Kek Kampung Gebu Sukatan Cawan

Kek Kampung Sukatan Cawan Resepi
Kek Kampung Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kek kampung lembut ;

  1. Satu cawan marjerin (saya guna brand adela)
  2. Satu cawan gula ( boleh kurangkan sikit sukatan jika tak suka manis)
  3. Dua cawan tepung kek
  4. Telur (s ukat penuh cawan yang sama, dalam tiga hingga empat biji gred a/b)
  5. Satu sudu kecik esen vanila..
  6. Pewarna ( ikut suka )


Cara Buat Kek Kampung Sukatan Cawan

Resepi Kek Kampung Simple
Kek Kampung Resepi


Cara membuat kek kampung sukatan cawan ;

  1. Pukul marjerin, esen vanilla , gula hingga gula larut.
  2. Masuk kan telur dan pukul lagi hingga kembang
  3. Masuk kan tepung kek  ( lagi elok ayak dulu tepung kek tu)
  4. Kacau hingga sebati
  5. Bahagi kan kepada beberapa warna yang korang suka
  6. Sapukan acuan dengan majerin
  7. Tuang adunan ke dalamnya


Resepi Kek Kampung Gebu Sukatan Cawan
Kek Kampung Gebu Sukatan Cawan


Step akhir, bakar pada suhu 180 guna api atas bawah selama empat puluh hingga empat puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap. Biarkan sejuk seketika, dah boleh potong. Cara buat kek kampung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi lain kali.

No comments:

Post a Comment

×