Resepi Kuih Buah Rotan Ranggup Sedap Bijan Tanpa Santan Sukatan Cawan. Sedang dalam pembikinan kuih buah rotan tradisional turun temurun orang Malaysia. Salah satu resepi kuih raya simple dan sedap serta wajib ada di rumah saya menjelang hari raya aidilfitri. Encik suami, anak-anak termasuk saya sendiri semua suka makan kuih rotan. Resipi kuih buah rotan dari arwah nenek saya. Sekali bila dah masuk mulut mesti ketagih tak dapat nak berhenti. Saya sorang boleh habiskan kuih buah rotan sekilo dalam satu satu masa. Ada yang suka tak ? Kita geng. Jom saya kongsikan resepi kuih buah rotan bijan yang mudah dan sedap. Guna lima bahan je tau.

Kuih Buah Rotan Resepi
Resepi Kuih Buah Rotan Rangup



Resepi Kuih Buah Rotan Sedap Mudah Viral Tradisional Ringkas Senang


Resepi Kuih Buah Rotan Sukatan Cawan
Kuih Buah Rotan Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi kuih buah rotan tanpa santan :

  1. Setengah kilogram tepung pulut
  2. Enam biji telur
  3. Sepuluh sudu makan gula pasir
  4. Satu sudu makan air kapur
  5. Garam Sikit
  6. Bijan  ( kena ada banyak sebab kuih rotan guna banyak bijan )


Cara Buat Kuih Buah Rotan

Kuih Buah Rotan Ranggup
Kuih Buah Rotan Rangup


Cara Membuat Kuih Buah Rotan ;

  1. Blend telur, gula dan garam sampai kembang.
  2. Selepas itu, masukkan tepung pulut sikit demi sedikit bersama satu sudu makan air kapur.
  3. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
  4. Kemudian, bulatkan kecil-kecil ( ingat, jangan besar besar tau sebab kuih bijan akan kembang bila kita goreng nanti dan akan menjadi liat )
  5. Masukkan atau taburkan atau golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.


Resepi Kuih Buah Rotan Tanpa Santan
Kuih Buah Rotan Tanpa Santan


Step akhir, panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Masukkan kueh buah rotan dan kecil sikit api serta goreng menggunakan api sederhana. Goreng sampai warna berubah kekuningan. Toskan dan siap. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik. Sekarang dah boleh simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat biskut buah rotan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.