Resepi Kuih Lapis Labu Sukatan Cawan Mudah Simple Lembut Kuning Paling Sedap. Syukur, kuih lapis labu yang saya buat tadi siap juga akhirnya. Dan yang paling penting sekali adalah menjadi dengan jayanya. Potong pun elok ja cantik.Rezeki makan petang kami anak beranak hari ini. Ada yang suka tak ? Nak tahu cara nak buat kuih lapis labu yang mudah dan sedap ini ? Jom saya kongsikan resepi kuih lapis labu kuning sukatan cawan untuk rujukan semua. Semoga bermanfaat ya.



Kuih Lapis Labu Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lapis Labu Sukatan Cawan


Resepi Kuih Lapis Labu Mudah Simple Ringkas Senang Guna Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih lapis labu sedap :



Resepi Kuih Lapis Labu Simple
Resepi Kuih Lapis Labu Sedap


Bahan A


  1. Setengah cawan labu


  • Kupas, basuh, kukus dulu baru sukat.


Resepi Kuih Lapis Labu Simple
Kuih Lapis Labu Simple



Bahan B


  1. Dua cawan tepung beras
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Setengah cawan tepung jagung
  4. Tiga per empat cawan gula ( boleh lebihkan atau kurangkan )
  5. Garam sikit



  • Gaul rata semua bahan B diatas


Kuih Lapis Labu Sukatan Cawan Resepi
Kuih Lapis Labu Sukatan Cawan



Bahan C


  1. Empat cawan santan segar


  • Panaskan atas dapur guna api perlahan sambil kacau
  • Panaskan sampai suam-suam kukus sahaja. 

Kenapa santan di panas kan ? 

  • Untuk singkatkan masa kukus dan cepat masak.
  • Menjadikan kuih lapis tahan lebih lama. Elak cepat basi.



Kuih Lapis Labu Kuning Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lapis Labu Kuning Sukatan Cawan



Cara Buat Kuih Lapis Labu


Resepi Kuih Lapis Labu Kuning
Kuih Lapis Labu Kuning


Cara Membuat kuih Lapis Labu


  1. Tuangkan santan yang telah siap di panaskan tadi ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian, tapis agar tak berketul
  3. Selepas itu, bahagikan kepada dua bahagian
  4. Satu bahagian dimasukkan labu dan satu bahagian lagi tak perlu.
  5. Sapukan loyang dengan minyak
  6. Tuang adunan selapis ( pastikan loyang dah panas betul baru tuang ye )


Kuih Lapis Labu Recipe
Kuih Lapis Labu Resepi


Step akhir, kukus selapis demi selapis dengan api sederhana selama lima minit setiap lapisan. Lapisan terakhir, kukus selama dua puluh hingga dua puluh lima minit. Saya guna loyang saiz 9  ye.

Resepi Kuih Lapis Labu Mudah
Kuih Lapis Labu Mudah


Satu lagi, untuk kasi kuih lapis tahan lama dari tidak cepat basi, selepas siap kukus sila buka penutup alat pengukus dan biarkan atas api dapur dalam lima minit agar wap air pada bahagian atas kuih lapis kering. Cara buat kuih lapis labu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi lain kali.