Resepi Kuih Limas Tradisional Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap. Tu dia ! Sampai je kat kampung, mak saya awal-awal dah siapkan kuih limas perak untuk jamu anak dia punya anak beranak makan. Sesetengah orang ada juga yang panggil kuih ni sebagai kuih tepung pelita. Apa-apa pun terima kasih mak sebab sudi buatkan kuih limas yang sedap untuk kami anak-beranak walaupun kami semua jarang-jarang pulang ke kampung. Ada yang suka tak dengan kuih muih tradisional macam saya? Kita geng. Resepi kuih limas tepung gandum ada saya selitkan dekat bawah ya. Mak cakap kalau tak nak pakai stepler masa buat acuan kuih limas tu, pakailah lidi ye. Tapi leceh la sikit.

Resepi Kuih Limas Tradisional Sukatan Cawan
Resepi Kuih Limas Tradisional


Resepi Kuih Limas Tepung Gandum Sedap Senang Ringkas Perak

Bahan untuk resepi kuih limas sedap :

Resepi Kuih Limas Tepung Gandum
Kuih Limas Tepung Gandum



Bahan A

  1. Daun pisang ( lipat untuk dijadikan acuan )


Kuih Limas Perak
Kuih Limas Resepi


Bahan B

  1. Gula


Bahan C

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua sudu tepung jagung
  3. Perisa pandan
  4. Lima cawan air kosong

  • Blend semua bahan c sampai sebati

Bahan D

  1. Santan + air
  2. Garam sikit
  3. Dua sudu tepung gandum


  • Blend kedua-dua bahan D diatas


Cara Buat Kuih Limas

Cara Membuat Kuih Limas
Cara Buat Kuih Limas



Cara membuat kuih limas :

  1. Masukkan sesudu kecil gula ke dalam acuan kuih limas
  2. Tuang adunan bahan C yang telah kita blend tadi. Separuh acuan kuih limas sahaja ye.
  3. Masukkan dalam periuk dan kukus selama lima belas minit.


Kuih Limas Vs Tepung Pelita
Kuih Limas Sedap


Step akhir, bila kuih sudah menjadi sedikit keras dan separuh masak, masukkan bancuhan santan dengan air tadi ke dalam acuan. Kukus lagi lima belas minit dan siap. Cara buat kuih limas mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.