Resepi Kuih Lompang Gula Merah Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap. Taraaaa siap sudah kuih lompang gula merah yang mudah dan sedap dengan jayanya. Ada peminat kuih lompang gula merah tak kat sini ? Ke makan kuih lompang pandan atau kuih lompang warna warni ja? Lesung pipit terletak elok bersama lekuk-lekuknya ye. Puas hati rasanya dapat siapkan kuih lompang tradisional ni sebab dah lama teringin nak makan tapi tiada masa nak buat. Kejap lagi anak-anak balik sekolah kompem melompat keriangan tengok ada kuih lompang atas meja. Al maklumlah kami satu keluarga suka makan kuih lompang tau. Tanpa buang masa jom saya kongsikan resepi kuih lompang berlubang untuk rujukan semua. Satu adunan dapat dalam tiga puluh dua biji okey.


Kuih Lompang Gula Merah Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lompang Gula Merah Sukatan Cawan



Resepi Kuih Lompang Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih lompang sedap

Kuih Lompang Resepi
Kuih Lompang Gula Merah Resepi



Bahan A

  1. Dua cawan tepung beras (cap apa apa pun tak kisah )
  2. Dua Sudu besar tepung ubi
  3. Satu sudu kecil air kapur
  4. Setengah cawan gula merah
  5. Setengah cawan gula pasir ( boleh kurangkan tau lebihkan )
  6. Tiga cawan air
  7. Satu helai daun pandan


Bahan B

  1. Kelapa parut dan sedikit garam


  • Gaul rata kelapa parut dengan garam
  • Kukus sekejap agar tahan lebih lama


Cara Buat Kuih Lompang Gula Merah


Kuih Lompang Sedap
Resepi Kuih Lompang Sedap


Cara membuat kuih lompang gula merah :

  1. Satukan gula pasir, gula merah, tiga cawan air serta daun pandan. 
  2. Masak sampai gula larut. Tapis dan sejukkan seketika.
  3. Kemudian, masukkan tepung beras dan air kapur. Gaul sebati.
  4. Tapis dan masukkan ke dalam jug untuk memudahkan proses tuang ke dalam acuan nanti.
  5. Sapu acuan guna sedikit miyak
  6. Tuang adunan kuih lompang gula merah ke dalamnya
  7. Peringatan, adunan hendaklah tidak telalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau terlebih air, sila tambah setengah cawan tepung beras ya.

Cara Buat Kuih Lompang Sukatan Cawan
Cara Buat Kuih Lompang Gula Merah


Step akhir, kukus kuih lompang gula melaka selama dua belas minit atau sampai masak bergantung kepada alat pengukus masing-masing ( tapi jangan kukus terlalu lama nanti kuih lompang tak kembang elok ). Dah siap, keluarkan kuih lompang tersebut dari acuan dengan menggunakan hujung sudu atau lidi secara berhati-hati. Hiaskan dengan kelapa parut tadi. Dah boleh ngap. Cara buat kuih lompang gula melaka mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa laie.