Resepi Kuih Mazola Sukatan Cawan Kacang Mudah Rangup Gebu Biskut Raya Paling Sedap

Resepi Kuih Mazola Sukatan Cawan Kacang Mudah Simple Gebu Paling Sedap.  Siapa suka makan kuih mazola tradisional seperti saya sila angkat tangan ya. Setiap tahun bila nak tiba hari raya mesti duk pulun dengan anak buat kuih mazola kacang yang mudah dan sedap ini. Kadang-kadang encik suami pun turut serta. Meriah gila bila kembali mengimbau kenangan lalu. Encik suami suka, anak-anak suka, saya sendiri pun suka dan yang paling penting tetamu pun suka. Jika di rumah saya, kuih mazola adalah antara kuih raya yang cepat habis.Resepi kuih mazola sedap ni saya dapat dari jiran satu kampung dulu tapi dah terlupa nama apa. Jom saya kongsikan resepi kuih mazola rangup sukatan cawan untuk rujukan semua. Semoga bermanfaat ya.

.
Biskut Mazola Sukatan Cawan
Resepi Biskut Mazola Sukatan Cawan


Resepi Biskut Mazola Sedap Sukatan Cawan Rangup Simple Gebu Ringkas

Bahan-bahan untuk resepi biskut mazola sukatan cawan :


Kuih Mazola Sukatan Cawan
Resepi Kuih Mazola Sukatan Cawan



Bahan A 

  1. Dua setengah cawan tepung gandum (ayak)
  2. Setengah cawan gula icing (ayak)


  • Sila ayak kedua-dua bahan diatas


Bahan B

  1. Dua cawan kacang tanah kisar (goreng dulu tanpa minyak, barulah dikisar, tapi saya lebih suka goreng dengan minyak )
  2. Satu cawan minyak jagung


Bahan C

  • Kuning telur


Cara Buat Biskut Mazola Rangup


Biskut Mazola Rangup Sukatan Cawan
Biskut Mazola Sukatan Cawan


Cara Buat Biskut Mazola Sukatan Cawan :

  1. Campurkan tepung, gula serta kacang kisar. Kacau sampai sebati.
  2. Masukkan minyak jagung sikit-sikit sambil menguli sampai menjadi doh yang boleh dikepal. Tidak perlu habiskan minyak kalau doh sudah cantik.
  3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah pada bahagian atasnya. 
  4. Sapu kuning telur

Kuih Mazola Sedap Sukatan Cawan
Kuih Mazola Sukatan Cawan


Step akhir, bakar  pada suhu 150 selama dua puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Dah siap, biarkan sejuk dulu baru simpan dalam bekas kedap udara untuk dijadikan juadah kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah pada hari raya nanti. Tapi kalau nak ngap terus pun boleh sahaja ye asal jangan habiskan. Dibimbangi ketagih dan habis licin serta tak sempat nak hidangkan kepada sanak saudara. Cara buat kuih mazola mudah je kan, selamat mencuba semua. Selamat hari raya. Salam dan jumpa lagi di lain waktu.

No comments:

Post a Comment

×