Resepi Popia Cheese Pedas Rangup Viral Powder Paprika Crispy Mudah Sedap Simple. Jika tuan tuan dan puan puan semua sudah buntu dan tidak tahu ingin sediakan kudapan apa nak kasi anak anak tersayang makan, apakata jom cuba popia cheese rangup ini untuk santapan mereka. Bebudak paling suka makan, sambil tengok tv semua pakat berebut popia cheese paprika. Seronok tengok. Sedar-sedar sudah habis satu balang. Jangan kata anak kecil sahaja yang suka, kekadang yang dewasa termasuk mak dan ayah dia pun turut serta.  Ingat tahun ini nak jadikan popia paprika ni sebagai salah satu kuih raya tahun ini. Kompem cepat habis.  Ada yang suka tak dengan kerepek popia cheese pedas dan rangup ni ? Jom saya kongsikan resepi popia cheese powder guna 3 bahan sahaja :

Popia Cheese Pedas Rangup
Resepi Popia Cheese Pedas Rangup


Resepi Popia Cheese Paprika Pedas Kerepak Rangup Viral Crispy

Bahan untuk resepi popia cheese powder :

Popia Cheese Paprika Resepi
Popia Cheese Resepi


Bahan untuk resepi popia cheese 

  1. Satu pek popia
  2. Empat sudu besar serbuk cheese
  3. Satu sudu besar serbuk cili
  4. Dua sudu besar gula

Popia Cheese Paprika
Resepi Popia Cheese Paprika


  • Sukatan boleh di ubah sama ada nak tambah atau kurangkan mana-mana bahang mengikut selera masing-masing.


Popia Cheese Paprika Resepi
Popia Cheese Paprika Recipe


Cara Buat Popia Cheese Pedas


Popia Cheese Pedas Resepi


Cara Buat Popia Cheese Powder : 

  1. Gunting kulit popia serta carik carik kan
  2. Goreng popia sampai keperangan dan toskan.
  3. Seterusnya, blend kering serbuk cheese, gula dan serbuk cili.
  4. Masukkan bahan yang kita kisar tadi ke dalam bekas atau balang yang boleh ditutup.
  5. Masukkan pula kulit popia yang telah siap di goreng dan ditoskan.


Popia Cheese Pedas Rangup Resepi
Popia Cheese Pedas Rangup


Step akhir, tutup bekas tersebut dan kemudian goncang-goncang hingga rata dan sebati. Sekarang siap sedia untuk di ngap depan tv sambil layan drama hindustan. Cara membuat popia cheese pedas mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam serta jumpa lagi di lain waktu dan ketika.