Resepi Roti Naik Johor Sukatan Cawan Lembut Gebu Mudah Simple Pahang Paling Sedap. Sarapan kami sekeluarga tadi iaitu roti naik yang lembut dan gebu. Orang Johor dan Pahang mesti kenalkan dengan roti naik ni kan. Sedap tau makan. Lebih-lebih lagi kalau dapat cicah dengan teh o panas atau air cendol memang tak boleh bayangkan. Ada yang nak tau tak cara buat roti naik gebu ni ? Jom saya kongsikan resepi roti naik mudah sukatan cawan :


Roti Naik Resepi
Resepi Roti Naik Sukatan Cawan


Resepi Roti Naik Pahang Sukatan Cawan Mudah Lembut Dan Gebu



Roti Naik Johor Resepi
Resepi Roti Naik Johor Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti naik gebu :


  1. Tiga setengah cawan tepung gandum (saya pakai tepung gandum cap sauh)
  2. Dua sudu susu pekat
  3. Empat sudu gula
  4. Satu biji telur
  5. Dua sudu butter
  6. Satu cawan air suam
  7. Satu paket Mauripan


Roti Naik Pahang Sukatan Cawan
Roti Naik Pahang


Cara Buat Roti Naik

Resepi Roti Naik Gebu
Roti Naik Gebu


Cara Membuat Roti Naik


  1. Masukkan tepung dan mauripan ke dalam bekas. Gaul kasi rata..
  2. Masukkan gula, susu pekat, telur, butter dan gaul lagi hingga sebati..
  3. Masuk air sedikit demi sedikit hingga habis satu cawan. Jika kurang air roti naik tak akan jadi lembut.
  4. Uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  5. Biarkan sehingga naik sendiri. 
  6. Kemudian, tumbuk bagi keluar angin. dan uli sekali lagi. 
  7. Selepas itu tu bulat-bulatkan serta susun dalam loyang yang telah disapu butter.
  8. Tunggu naik lagi.


Resepi Roti Naik Viral
Resepi Roti Naik Manis


Step akhir, bakar pada suhu 150 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing.  

Roti Naik Sukatan Cawan Resepi
Roti Naik Sukatan Cawan

Dah siap, sapukan butter dan tabur gula ketika masih panas. Sekarang dah boleh di hidangkan untuk santapan keluarga tercinta. Cara buat roti naik mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari..