Resepi Semperit Cheese Sukatan Cawan Mudah Rangup Biskut Raya Simple Paling Sedap. Resepi biskut raya mudah dan sedap untuk semua iaitu semperit cheese. Kalau nak tau tiap-tiap tahun selepas saya pandai buat kuih raya ni, rumah saya kompem takkan lupa nak sediakan biskut semperit cheese untuk hidangan kepada tetamu. Dah macam tradisi lah kira nya dan kalau takde mesti cik abang bising sebab dia suka sangat makan semperit susu cheese ni. Ada satu ketika dia buat jajan tengok bola sampai habis satu bekas besar. Ada yang nak cuba tak ? Jom saya kongsikan resepi semperit cheese gebu sukatan cawan :

Recipe Semperit Cheese Sukatan Cawan
Resepi Semperit Cheese Sukatan Cawan



Resepi Biskut Semperit Cheese Sukatan Cawan Senang Ringkas Viral


Resepi Biskut Semperit Cheese Mudah
Resepi Biskut Semperit Cheese Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi biskut semperit cheese sedap :

  1. Seketul butter ( 250 gram )
  2. Satu cawan susu pekat
  3. Dua sudu besar susu tepung
  4. Satu sudu kecil esen vanilla
  5. Setengah cawan tartura cheese
  6. Tiga sudu besar tepung kastard
  7. Tiga sudu besar tepung gandum
  8. Tepung jagung secukupnya
  9. Pewarna yang kita suka.
Semperit Cheese Sedap
Semperit Cheese Sukatan Cawan




> Resepi Semperit Susu 3 Bahan Viral
> Resepi Semperit Nutella Sukatan Cawan
> Resepi Semperit Coklat Sukatan Cawan
> Resepi Semperit Klasik Sukatan Cawan


Cara Buat Semperit Cheese


Semperit Cheese Recipe
Semperit Cheese Resepi


Cara membuat semperit cheese :

  1. Gaul sebati butter,susu pekat,susu tepung,esen vanilla serta tartura cheese. guna senduk je tau.
  2. Kemudian, masukkan tepung custard dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. 
  4. Titiskan pewarna dan tambah tepung gandum pada kesemua bahagian doh.
  5. Selepas itu, tambah tepung jagung dan uli hingga jadi doh lembut. ( jika doh terkeras, sila tambah butter sebab nanti susah nak tekan )
  6. Masukkan doh atau adunan  ke dalam acuan semperit.
Biskut Semperit Cheese Resepi
Biskut Semperit Cheese Sukatan Cawan

Step akhir, masukkan adunan biskut semperit cheese tersebut ke dalam peti ais selama dua puluh minit atau rehatkan adunan selama satu jam untuk elak kelipak jatuh, Then, bakar pada suhu 160 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap. Cara buat biskut semperit cheese mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi esok.